Kenapa Najib Lebih Menyerlah Sebagai “Pembangkang De Facto” Berbanding Anwar Ibrahim?

Kenapa Najib Lebih Menyerlah Sebagai “Pembangkang De Facto” Berbanding Anwar Ibrahim? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Najib Lebih Menyerlah Sebagai “Pembangkang De Facto” Berbanding Anwar Ibrahim?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa Najib Lebih Menyerlah Sebagai “Pembangkang De Facto” Berbanding Anwar Ibrahim?
link : Kenapa Najib Lebih Menyerlah Sebagai “Pembangkang De Facto” Berbanding Anwar Ibrahim?

Baca juga


Kenapa Najib Lebih Menyerlah Sebagai “Pembangkang De Facto” Berbanding Anwar Ibrahim?

PETALING JAYA: Pasukan media sosial Najib Razak dan kebergantungan Pakatan Harapan (PH) pada skandal 1MDB telah menjadikan bekas Perdana Menteri itu sebagai “pembangkang de facto”, menurut dua penganalisis.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, pasukan media sosial Najib lebih bagus, manakala Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, pakatan pembangkang mengabaikan isu yang menjadi keprihatinan masyarakat.

Oh berkata, Ahli Parlimen Pekan itu mempunyai pasukan “lebih bermutu tinggi” yang tahu bagaimana untuk menyuarakan kebimbangan rakyat.

Najib yang menggelarkan dirinya “Raja Troll” juga mempunyai jentera perhubungan awam yang lebih baik berbanding PH, katanya.

PH sebaliknya sangat bergantung kepada sukarelawan, yang kerjanya terhalang oleh wabak Covid-19.

“Najib dapat menjelajah negara dan melihat kesukaran yang dihadapi oleh rakyat,” kata Oh.

Tambahnya, penting bagi PH memperoleh kebolehan ini untuk memastikan apa yang paling diperlukan negara dari segi sosioekonomi dan untuk kekal relevan kepada para pengundi.

Najib telah membina naratif untuk memastikan beliau bukan sahaja penting dari segi politik tetapi juga untuk “menenggelamkan” masalah undang-undangnya, kata Oh, merujuk kepada kes rasuah yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Dalam pada itu, Azmi berkata, PH terlalu tertumpu kepada skandal 1MDB.

“Rakyat marhaen tidak dapat mengaitkan isu 1MDB dengan kehidupan harian mereka, terutamanya semasa wabak apabila mereka bergelut menampung kehidupan,” katanya .

Baru-baru ini, bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, Najib “merampas” keupayaan PH untuk berhubung dengan orang ramai, terutamanya di media sosial.

Rafizi, yang awal bulan ini mengumumkan kembali aktif dalam politik, berkata beliau bersedia untuk mengambil kembali naratif daripada Najib bagi meningkatkan daya tarikan PH di mata pengundi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Kedua-dua penganalisis berpendapat, untuk Rafizi berjaya berbuat demikian, beliau mesti menunjukkan keupayaan mencipta naratif baharu yang menunjukkan PH mengambil berat tentang kesejahteraan rakyat.

“Saya harap pembangkang yang lain dapat mengejar Rafizi atau bersedia mendengar katanya untuk membina naratif rakyat yang baharu,” tambah Oh lapor FMT



Demikianlah Artikel Kenapa Najib Lebih Menyerlah Sebagai “Pembangkang De Facto” Berbanding Anwar Ibrahim?

Sekianlah artikel Kenapa Najib Lebih Menyerlah Sebagai “Pembangkang De Facto” Berbanding Anwar Ibrahim? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa Najib Lebih Menyerlah Sebagai “Pembangkang De Facto” Berbanding Anwar Ibrahim? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/03/kenapa-najib-lebih-menyerlah-sebagai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :