Ada Kartel Kawal Harga Ayam?

Ada Kartel Kawal Harga Ayam? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ada Kartel Kawal Harga Ayam?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ada Kartel Kawal Harga Ayam?
link : Ada Kartel Kawal Harga Ayam?

Baca juga


Ada Kartel Kawal Harga Ayam?

PETALING JAYA: Kewujudan kom­plot atau kartel yang me­ngawal harga pasaran ayam di negara ini didakwa menyebabkan harga ternakan itu tidak menentu di pasaran sejak kebelakangan ini.

Malah, hampir keseluruhan rantaian industri penternakan itu dikawal beberapa kartel besar yang menggunakan persatuan sebagai kaedah penyamaran perbuatan mereka.

Sumber dalaman industri memberitahu Utusan Malaysia, cengkaman kartel itu berlaku ke atas keseluruhan rantaian industri termasuk berkuasa menentukan harga anak ayam berusia sehari untuk tujuan baka, harga dedak malah harga ayam di pasaran.

Kata sumber itu, ini sekali gus menyangkal dakwaan sesete­ngah pihak kononnya golongan penternak ayam, iaitu kumpulan terbawah dalam proses rantaian bekalan menjadi dalang kepada peningkatan harga ayam.

Sedangkan, katanya, kumpulan penternak termasuk di negeri-negeri hanya terlibat menerima bekalan anak ayam dan sumber makanan daripada pihak kartel dan mem­bela sehingga tempoh tertentu sebelum dijual semula kepada kartel berdasarkan harga yang ditetapkan.

“Kebanyakan kartel yang mengawal harga ayam hidup, anak ayam dan dedak. Mereka ini adalah pembekal dedak, pembekal anak ayam serta ayam siap sembelih kepada pasaran. Selalu berlaku salah faham dalam kalangan masyarakat yang mendakwa kumpulan penternak yang kawal harga. Hakikatnya penternak tiada kuasa mengawal harga.

“Kami menternak sebab kami ada reban. Jadi, bila kami ikat kontrak dengan sesiapa, maka, kartel atau dalam istilah industri disebut integrator ia­itu syarikat-syarikat ternakan besar yang bertindak selaku orang tengah. Mereka akan bekalkan kami dengan anak ayam, dedak dan ia proses yang diikat melalui kontrak.

“Bila cukup tempoh, kita jual kembali kepada integrator itu tadi, kami tak akan hantar kepada kilang sembelihan. Sebaliknya integrator yang akan hantar lori kepada kami untuk dimuatkan dengan ayam hidup sebelum mereka uruskan pro­ses selanjutnya.

“Jadi di pihak penternak ini, kami hanya tukang bela sahaja. Kami tidak menentukan harga ladang ayam-ayam tersebut, sebab kami diikat dengan kontrak.

“Bila kita ikat kontrak, bermakna apa saja proses yang berlaku selepas dari ladang ternakan, ia bukan tanggungjawab kami dan bukan perkara di bawah urusan kami,” kata­nya di sini, semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan keluhan orang ramai di beberapa negeri berhubung kenaikan mendadak harga ayam standard sehingga dijual RM10 sekilogram berbanding RM8.90 harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Mengulas lanjut, sumber berkata, alasan bahawa harga ayam di pasaran terpaksa dinaikkan sebab harga dedak meningkat, sangat tidak masuk akal.

Walhal katanya, pada 6 April, harga jualan ayam sekilogram pihaknya kepada integrator ialah RM4.60, sedangkan harga purata sekilogram ayam pada hari tersebut di pasaran mencanak naik sehingga mencecah RM10 sekilogram.

“Kami ada laporan kewa­ngan harian, yang mana jelas menunjukkan bahawa pada 6 April, harga yang integrator bayar kepada kita bagi satu kilogram ayam hidup ialah RM4.60. Itu harga ayam hidup yang sudah dicampur kos makanan.

“Selepas menjual kepada mereka, kartel-kartel ini akan melakukan beberapa proses seperti hantar ke pusat sembelihan sehingga ayam sampai ke pasaran.

“Sekarang cuba bayangkan, harga yang mereka bayar kepada kami selaku penternak ialah RM4.60. Harga sembelihan pula, lazimnya RM1.50 termasuk kos pembungkusan.

“Kenapa harga di pasaran pada 6 April, mencecah RM10? Apa lagi kos-kos tersembunyi yang kartel sorokkan?” soalnya.

Sumber menambah, alasan kartel kononnya harga ayam melambung akibat kenaikan kos logistik bagi mengeksport komoditi yang menghasilkan dedak seperti jagung dan soya, adalah tidak berasas sama sekali. – UTUSAN


Demikianlah Artikel Ada Kartel Kawal Harga Ayam?

Sekianlah artikel Ada Kartel Kawal Harga Ayam? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ada Kartel Kawal Harga Ayam? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/04/ada-kartel-kawal-harga-ayam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :