Pertembungan Rafizi-Saifuddin Akan Pecah Belahkan PKR?

Pertembungan Rafizi-Saifuddin Akan Pecah Belahkan PKR? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pertembungan Rafizi-Saifuddin Akan Pecah Belahkan PKR?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pertembungan Rafizi-Saifuddin Akan Pecah Belahkan PKR?
link : Pertembungan Rafizi-Saifuddin Akan Pecah Belahkan PKR?

Baca juga


Pertembungan Rafizi-Saifuddin Akan Pecah Belahkan PKR?

PETALING JAYA: Seorang penganalisis meramalkan akan berlakunya perpecahan dalam PKR akibat perebutan jawatan timbalan presiden antara Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail dan Naib Presiden Rafizi Ramli.

James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania berkata, ini mengimbau kembali pemilihan terakhir PKR pada 2018, apabila parti itu berpecah antara Rafizi dan bekas timbalan presiden, Azmin Ali.

PKR akan mengadakan pemilihan seterusnya dari 13 hingga 18 Mei. Pencalonan akan diadakan pada Sabtu.

Chin berkata, pemimpin PKR dan ahli biasa yang mencari pembaharuan mungkin akan menyokong Rafizi, tetapi yang lain mungkin khuatir dengan pelarasan yang dijangka dibawanya kepada parti jika dipilih.

“Apabila Rafizi berehat sementara daripada parti, ramai yang gembira. Kini beliau kembali dan ramai ahli bimbang jika menjadi timbalan presiden, beliau akan membawa perubahan besar dan ini akan menjejaskan kedudukan mereka,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, sama ada Rafizi atau Saifuddin perlu menang dengan majoriti kukuh kerana PKR tidak akan bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) jika berlaku perpecahan 50-50 dalam parti.

“Sebarang perpecahan dalam parti menjelang PRU akan menjadi bencana,” katanya.

Jawatan timbalan presiden PKR kosong sejak Azmin dipecat susulan penglibatannya dalam Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020.

Apabila ditanya sama ada beliau berpendapat masih ada penyokong Azmin dalam PKR, Chin berkata, beliau percaya kebanyakan mereka keluar apabila Ahli Parlimen Gombak itu meninggalkan parti itu.

“Apabila beliau berpindah ke Bersatu, beliau dapat menawarkan naungan dan dengan itu ramai ahli mengikutnya. Mereka juga diberi jawatan kerajaan. Jadi saya tak rasa legasi beliau masih kukuh dalam PKR,” katanya.

Chin juga berkata, beliau percaya Presiden PKR Anwar Ibrahim dapat mengekalkan jawatannya dengan mudah kerana tiada sesiapa pun yang setaraf dengan ketokohannya dalam parti itu. Setakat ini, tiada sesiapa yang bersaing untuk jawatan tertinggi parti itu.

Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata, beliau tidak menjangkakan perpecahan dalam PKR akan berlarutan selepas pemilihan parti.

“Bagaimanapun jika sebarang konflik berterusan, ia akan menunjukkan kurangnya kematangan politik dalam PKR,” katanya.

Mengulas mengenai pertembungan antara aktivis belia Adam Adli dan bekas aktivis pelajar Fahmi Zainol bagi jawatan ketua Pemuda PKR, Awang Azman berkata, ia akan menjadi pertembungan yang menarik untuk diperhatikan.

Beliau menjangkakan kedua-duanya menawarkan idea dan strategi untuk menarik pengundi baharu.

“Mereka tidak sepatutnya berkempen seperti generasi lama,” katanya.

“Mereka mesti membuktikan masing-masing boleh bersaing secara matang dan tidak mengulangi taktik lama dan konvensional yang bersifat defensif.” ~ FMT


Demikianlah Artikel Pertembungan Rafizi-Saifuddin Akan Pecah Belahkan PKR?

Sekianlah artikel Pertembungan Rafizi-Saifuddin Akan Pecah Belahkan PKR? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pertembungan Rafizi-Saifuddin Akan Pecah Belahkan PKR? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/04/pertembungan-rafizi-saifuddin-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :