Airmata Yang Sudah Terlalu Lewat...

Airmata Yang Sudah Terlalu Lewat... - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Airmata Yang Sudah Terlalu Lewat..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Airmata Yang Sudah Terlalu Lewat...
link : Airmata Yang Sudah Terlalu Lewat...

Baca juga


Airmata Yang Sudah Terlalu Lewat...



Sebelum itu mari kita bersama mendoakan agar Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kembali pulih seperti biasa yang mana kini beliau dilaporkan dalam keadaan tidak sihat dan sedang menerima rawatan menurut satu hantaran di Facebook oleh Bekas Bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin.

Faekah berkata, beliau sempat menziarahi Abdul Khalid semalam dan menyatakan rasa sebak apabila melihat keadaan bekas menteri besar Selangor itu.


"Semalam sempat ziarah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Masuk sahaja ke bilik, nampak Puan Sri Salbiah (isteri Abdul Khalid) sedang duduk setia di sisi sambil memerhati beberapa jururawat yang sedang menyediakan alatan untuk memberi rawatan kepada Tan Sri.

"Dengan tidak semena-mena dadaku terasa berat, sebak dan pilu, apatah lagi kedengaran sayup bacaan al-Quran yang dipasang di bilik tersebut.

"Bertambah sedih kerana tiada peluang dan kesempatan untukku berbual bertanya khabar pada Tan Sri kerana jururawat sudah mahu memulakan rawatan," kongsinya.

Beliau juga turut mendoakan agar segala urusan rawatan Abdul Khalid dipermudahkan dan kembali sihat.

"Ya Allah, jika ada kebaikan yang ku lakukan dan dengan keizinan-Mu, ku hadiahkan kebaikannya kepada insan mulia ini. Insan yang kami semua rindui keceriaan dan setiap butir buah fikirannya.

"Ya Allah, permudahkan segala urusan rawatannya. Kembalikannya kepada kami untuk kami sama-sama beribadah, bersujud dan beristighfar kepada-Mu, berilah yang terbaik untuknya di dunia dan di akhirat. Aamiin ya rabbal aa la miin..," tulisnya lagi.

Buat Otai-Otai KEADILAN yang tiba-tiba muncul selepas PRU14 yang lalu, ini serba sikit mengenai Faekah.

Faekah Binti Husin.. Karier politiknya bermula sebagai ahli Parti Keadilan Nasional (PKN) sejak mula ditubuhkan pada 1999.

Pada 2000, beliau dilantik sebagai ketua Penerangan Wanita PKR Selangor dan bendahari Wanita negeri Selangor. Beliau pernah dipilih menduduki Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Pusat pada 2001 hingga 2004.‎

Mulanya beliau adalah Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum diarahkan menjadi setiausaha politik kepada Khalid pada 2010 menggantikan Nik Nazmi bin Nik Ahmad yang dilantik menjadi pengarah Komunikasi PKR. Sebelum itu beliau pernah menjadi Setiausaha Khalid ketika di dalam syarikat konglomerat Kumpulan Guthrie Berhad.

Beliau menghantar surat keluar dari PKR pada 11 Ogos 2014 kerana tidak puas hati dengan layanan pucuk pimpinan PKR yang dipimpin oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR , Datuk Saifuddin Nasution Ismail. 

Perkara ini berbangkit apabila Majlis Tertinggi PKR memecat keahlian Khalid dalam PKR. 

Baginya prosedur pemecatan Khalid Ibrahim tidask menurut tatacara yang betul dan teratur. Ia jelas terkeluar dari nilai-nilai keadilan yang selama ini diperjuangkan oleh parti itu sejak ditubuhkan pada 4 April 1999.

Beliau mencatat pandangannya apabila melihat jatuhnya airmata Ibu reformasi, pengasas Parti Keadilan DS Wan Azizah Ismail ketika menyampaikan ucapan kongres wanita KEADILAN pada 15 Julai yang lalu..

Tulisnya...


Luahan kekecewaan berserta linangan airmata oleh DS Wan Azizah bila menyentuh krisis dalaman dan perpecahan dalam PKR pada Ucapan Kongres Wanita dan AMK PKR jumaat lalu sudah agak terlalu lewat.

Namun apa yang lebih menumpu pemikiran ialah siapa yang beliau maksudkan "umpama gunting dalam lipatan"? 

Adakah ia merujuk kepada kumpulan kartel yang masih berpengaruh dan memegang pelbagai jawatan di dalam parti atau kerajaan? Atau Rafizi yang begitu jelas menentang ideologi suaminya? Atau mungkin juga beliau merujuk kepada suaminya; DS Anwar Ibrahim Presiden PKR yang dilihat menjadi punca keretakan di dalam PKR semakin parah dan sukar diperbaiki?

Wan Azizah tidak boleh lepas tangan atau berpura-pura "naif" terhadap perkembangan dan pergerakan politik PKR. Saya yakin beliau tahu dan dapat menjangka perkara sedemikian akan berlaku juga berdasarkan tindak tanduk serta pendekatan Anwar dalam menerajui PKR.

Bagi mereka yang menubuhkan parti, membina dan berusaha demi kelangsungan PKR begitu kecewa apabila orang-orang di dalam parti sendiri yang memecah-belahkan kesatuan anggota dan bermatlamat menguburkannya terus dari arena politik negara.

Setiap kali pemilihan PKR, maka wujud satu gerakan yang terdiri dari kumpulan yang rapat dan sekeliling Anwar yang campurtangan di dalam proses demokrasi di dalam parti. 

Mereka ini secara terangan menyatakan tindakan mereka atas arahan Anwar. Kerap kali kita dengar perjumpaan di lakukan malah panggilan telefon dibuat agar seseorang calon menarik diri untuk memberi laluan kepada seseorang calon pilihan Anwar.

Tidak kurang juga dengan ugutan dan tindakan melabel anggota yang ingkar sebagai "pengkhianat parti" dan mereka akan samada tersisih dari parti, bertindak menyepikan diri, dipecat atau terus keluar dari parti.

Pengalaman saya sendiri sebagai SU Politik Tan Sri Khalid Ibrahim melihat bagaimana pucuk pimpinan mengawal dan mempengaruhi calon calon yang mahu menawarkan khidmat di dalam parti.

Setelah mengumumkan kepada media kesediaan Tan Sri Khalid bertanding jawatan Timbalan Presiden di dalam pemilihan tahun 2010, beliau telah diminta oleh Anwar untuk menarik diri dengan persahabatan mereka yang sekian lamanya dijadikan sandaran. Sebagai seorang setiakawan maka Tan Sri Khalid bersetuju menarik diri pada pemilihan 2010.

Begitu juga di dalam pemilihan PKR pada 2014. Pelbagai usaha dilakukan oleh kumpulan Anwar agar Tan Sri Khalid menarik diri, namun kali ini beliau tekad mahu menyelamatkan PKR dari terus dihancurkan oleh puak-puak yang berkepentingan peribadi.

Setelah usaha memujuk dan "mengugut" agar Tan Sri Khalid menarik diri gagal maka gerakan besar-besaran dilakukan untuk memburukkan beliau. Apabila melihat usaha mereka gagal dan Tan Sri Khalid berjaya memberi tentangan hebat kepada lawan- Azmin Ali, mereka mengeluarkan dokumen fitnah dossier 92 mukasurat yang menjadi asas kepada pemecatan beliau dari parti hingga memberi kemenangan kepada Azmin Ali memegang tampuk Timbalan Presiden PKR.

Saya ingat lagi Tan Sri dipanggil mengadap Jawatan Kuasa Disiplin pada Ogos 2014, jika gagal akan membolehkannya dipecat dari parti. 

Kami menjawab surat tersebut dengan memohon ditetapkan satu tarikh yang lain, seminggu selepas itu, kerana pada tarikh tersebut, Tan Sri mempunyai program bersama DYMM Tuanku Sultan Selangor yang tidak memungkinkan beliau menguzurkan diri.

Malangnya surat tersebut tidak diendahkan dan Tan Sri Khalid dipecat dari PKR tanpa kehadirannya untuk membela diri.

Saya difahamkan Wan Azizah hadir pada mesyuarat tersebut namun ketika keputusan dibuat, beliau keluar dari mesyuarat kerana mahu menunaikan solat. 

Saya pasti Wan Azizah tahu apa keputusan yang akan diambil meskipun tidak bersama memutuskannya.

Saya dimaklumkan Peguam PKR menasihatkan Anwar, satu cara mahu memecat TSri Khalid dari jawatan MB ialah dengan memecatnya dari PKR. 

Sahih, setelah dipecat dari parti, maka TSri terpaksa mengosongkan jawatan MB Selangor. 

Akhirnya orang yang menjadi Timbalan Presiden PKR dan yang menggantikan TS Khalid adalah orang yang mengkhianati parti hingga berkuburnya kerajaan PH pada 2020.

https://ift.tt/4ClY25I

Adakah Anwar insaf?

Tidak. Anwar tidak mungkin belajar dari kesilapan dan saat hitam tersebut. Dia terus dengan strategi usang yang dilakukannya sejak di dalam Umno hinggalah ke hari ini. 

Dia masih gunakan kumpulan strategies yg sama, tiada idea baharu selain "pecah perintah" dan "politik naungan", tiada kejujuran terhadap perjuangan asal PKR, rakyat dan negara.

Apa yang berlaku di Ampang bukan suatu yang mengejutkan. Ramai anggota yang dahulunya hanya melihat bagaimana Tan Sri Khalid diperlakukan, malah ada yang mencemuh Tan Sri Khalid dan turut bersorak dengan apa yang terjadi kepada beliau, di dalam pemilihan kali ini, mereka merasai peritnya.

Istilah calon wahyu yang mereka gunakan menggambarkan bagaimana Anwar meneruskan modus operandinya untuk kesekian kalinya.

Krisis pemilihan di Ampang sangat menjolok mata, hinggakan saya yang sudah tidak mahu ambil pusing perkembangan PKR pun terasa mual. Tambahan pula ianya mengingatkan pengalaman pahit pada pemilihan 2014. 

Anwar dan kuncu-kuncunya masih beroperasi seperti 10 tahun lalu. Tiada tanda-tanda beliau bermuhasabah dan berusaha memperbaiki amalan demokrasi di dalam PKR.

Amalan matlamat menghalalkan cara yang dipilih Anwar akan memakan diri sendiri. Idea khemah besar meresahkan setiap anggota yang benar-benar mahu berjuang demi parti. 

Apatah lagi apabila khemah besar yg cuba dibawa Anwar termasuk juga kumpulan pengkhianat Sheraton Move.

Pada Anwar, jika itu boleh menjadikannya PM, apalah sangat khianat Sheraton. Pendekatan inilah yang akan membawa kepada gerakan dan gelombang yang lebih besar di dalam PKR hingga memungkinkan kedudukan beliau selaku Presiden tercabar. Anwar tahu itu. 

Namun beliau berpendapat hanya dengan menjadi PM maka beliau akan dapat mengekang gelombang tersebut.

Wan Azizah juga melihat perkara ini. Seperti biasa Wan Azizah adalah senjata ampuh Anwar menagih simpati anggota. Pada Wan Azizah, airmata beliau masih bernilai untuk meraih simpati tersebut.

Kepada Wan Azizah saya nyatakan, airmata itu satu pembaziran. Sama seperti pembaziran airmata penggerak, pelopor dan pejuang parti demi PKR selama ini. 

Selagi tiada usaha bersungguh-sungguh, berani dan ikhlas membersihkan pucuk pimpinan dan aturan politik lama, PKR yang bersemangat 4hb April 1999 akan berkubur.




Demikianlah Artikel Airmata Yang Sudah Terlalu Lewat...

Sekianlah artikel Airmata Yang Sudah Terlalu Lewat... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Airmata Yang Sudah Terlalu Lewat... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/07/airmata-yang-sudah-terlalu-lewat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :