EXCO Bebal! Kata Perakam Video Limpahan Air Cameron Highlands

EXCO Bebal! Kata Perakam Video Limpahan Air Cameron Highlands - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul EXCO Bebal! Kata Perakam Video Limpahan Air Cameron Highlands, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : EXCO Bebal! Kata Perakam Video Limpahan Air Cameron Highlands
link : EXCO Bebal! Kata Perakam Video Limpahan Air Cameron Highlands

Baca juga


EXCO Bebal! Kata Perakam Video Limpahan Air Cameron Highlands


Individu yang mengaku merakam video limpahan air deras dari lereng bukit di Kilometer 16, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang menjadi tular, 25 Disember lalu tampil mengecam pihak berkuasa yang menafikan insiden tersebut.

Pengguna Facebook, Nazrul Aznan Mohd Kadri menyifatkan Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga, Tenaga dan Air Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin sebagai bebal apabila menidakkan kejadian tersebut.

Terdahulu, Zainol dilapor Harian Metro berkata, kejadian itu tidak berlaku seperti yang dimaklumkan JKR Perak.

"Exco bebal ni. Kena tunggu ahli keluarga dia kena (musibah) baru nak betul kot. Tu pasal aku cakap dulu pemimpin Malaysia elok bom je rakyat. Pasal kalau hidup ramai-ramai ni menyusahkan dia orang je," bidas Nazrul.

Tinjauan Malaysia Dateline mendapati, Harian Metro menarik semula berita berkenaan bertajuk "Rakaman recyle", 26 Disember lalu itu.

Walau bagaimanapun, Bernama melaporkan penafian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pula ketika dihubungi lewat malam, 25 Disember lalu.

Bahkan, Shahidan mendakwa insiden berkenaan berlaku pada 2014.

Tidak cukup itu, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak Lt Kolonel (PA) Zairil Anuar Zulmuji turut menafikan kejadian limpahan air itu.

Beliau mendakwa pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerja Raya, polis serta bomba tidak menerima laporan mengenai kejadian tersebut. Sementara itu, beberapa insiden tanah runtuh dan banjir kilat khususnya di Tanah Rata berlaku ekoran hujan lebat lapor MalaysiaDateline





Demikianlah Artikel EXCO Bebal! Kata Perakam Video Limpahan Air Cameron Highlands

Sekianlah artikel EXCO Bebal! Kata Perakam Video Limpahan Air Cameron Highlands kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel EXCO Bebal! Kata Perakam Video Limpahan Air Cameron Highlands dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/12/exco-bebal-kata-perakam-video-limpahan.html

Subscribe to receive free email updates: