Judul : Sebenarnya Kapal Yang Dilancar Itu Tidak Siap...
link : Sebenarnya Kapal Yang Dilancar Itu Tidak Siap...
Sebenarnya Kapal Yang Dilancar Itu Tidak Siap...
KUALA LUMPUR: Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan Kapal Tempur Pesisir (LCS) tercanggih pertama milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang pernah dilancarkan pada 2017 sebenarnya dalam keadaan tidak siap.Upacara penamaan dan pelancaran kapal bernilai RM1.5 bilion itu disempurnakan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim sambil disaksikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Ia adalah kapal pertama daripada enam LCS bernilai RM9 bilion yang dibina BNS dilepaskan buat pertama kali ke perairan pada majlis berkenaan.
Mengenai 'mast' atau tiang yang dipasang di LCS 1 ketika majlis berkenaan untuk menunjukkan bahawa kapal itu lebih cantik, Kah Woh berkata kos tambahan yang diperlukan untuk tujuan itu sebanyak RM400,000 seperti dinyatakan saksi.
Jelasnya, tiang berkenaan hanya 'olok-olok' yang bukan menjadi sebahagian daripada LCS 1 supaya kapal berkenaan kelihatan lebih 'cantik'.
"Upacara itu hanya untuk show (persembahan). Perhatikan juga 'mast' itu sememangnya dibuat BNS yang merupakan tambahan yang memang bukan sebahagian daripada LCS untuk nampak ia lebih cantik.
"Kemudian 'mast' itu ditanggalkan dan dibawa masuk ke kilang," katanya lapor Berita Harian
Demikianlah Artikel Sebenarnya Kapal Yang Dilancar Itu Tidak Siap...
Sekianlah artikel Sebenarnya Kapal Yang Dilancar Itu Tidak Siap... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sebenarnya Kapal Yang Dilancar Itu Tidak Siap... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/08/sebenarnya-kapal-yang-dilancar-itu.html