KJ Dalam 'Line Of Throne', Tetapi...

KJ Dalam 'Line Of Throne', Tetapi... - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KJ Dalam 'Line Of Throne', Tetapi..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KJ Dalam 'Line Of Throne', Tetapi...
link : KJ Dalam 'Line Of Throne', Tetapi...

Baca juga


KJ Dalam 'Line Of Throne', Tetapi...

SEJAK menginjak usia 30 tahun, nama figura Khairy Jamaluddin atau mesra disapa KJ mula meniti di bibir ahli politik dan rakyat Malaysia.

Tetapi pada ketika itu, dikenali sebagai menantu kepada Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, nama Khairy dikaitkan sebagai budak tingkat 4.

Bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad antara pemimpin yang pernah mengkritik KJ dan geng budak tingkat 4.

Tetapi apabila Khairy secara rasmi mula menjejakkan kaki dalam politik menerusi sayap Pemuda UMNO, KJ membuktikan graduan Universiti Oxford dan Kolej Universiti London (UCL) di United Kingdom itu adalah 'budak' yang perlu diambil serius.

Bermula dengan Naib Ketua Pemuda UMNO kemudian Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, dan seterusnya pada tahun 2008, Khairy mendapat peluang untuk bertanding kerusi Parlimen Rembau.

Cuma menang dengan majoriti 5,746 undi, namun ia merupakan langkah kanan Khairy dalam politik, walaupun ketika itu prestasi BN merosot teruk dengan kehilangan Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain gagal menawan Kelantan.

Selepas itu, perjalanan karier politik KJ ibarat satu pendakian ke puncak apabila menang sewaktu perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO menentang Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menang lagi di Parlimen Rembau pada PRU13 (majoriti 18,357) dan mula memasuki Kabinet sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Terkenal dengan tagline ‘Tall, Dark and Handsome’, KJ membina imej dan aura yang digemari ramai terutamanya anak muda dan wanita. Petah berkata-kata, beliau turut muncul menghiasi muka depan beberapa majalah dalam dan luar negara.

Namun, tsunami politik kali kedua membadai BN pada 2018 menyaksikan BN bukan hanya hilang Putrajaya, malah ia turut menggoncang struktur dalaman UMNO.

Hanya sebulan selepas kapal BN 'pecah' pada PRU14, KJ mencuba nasib untuk menjadi nakhoda baharu dalam pemilihan UMNO.

Namun, ternyata ia bukan sahaja langkah kiri buat KJ, malah memberi kesan yang sangat besar dalam karier politiknya.

Ini kerana KJ mencabar 'warlord' senior UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diketahui sangat akrab dengan bekas Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengaruh kedua-dua tokoh politik ini sangat kuat dalam kalangan ketua-ketua bahagian UMNO, sehingga sukar untuk mana-mana pemimpin dalam parti memberi cabaran dalam pemilihan dan perhimpunan parti.

Dan natijah yang paling ketara diterima KJ kerana mencabar dan sering dilihat tidak sehaluan dengan Presiden tidak lain tidak bukan, namanya hampir tercicir daripada calon BN PRU15.

Ia diceritakan sendiri KJ dalam ceramah politiknya, apabila beliau mendakwa menjadi calon BN di Sungai Buloh atas inisiatifnya sendiri mencari kerusi dengan bantuan beberapa pemimpin antaranya Tan Sri Noh Omar dan Tan Sri S A Vigneswaran. Malang untuk Noh Omar, dalam bantuan terhadap KJ, nama beliau sendiri rupa-rupanya tercicir sebagai calon PRU15.

Pendedahan KJ minggu lalu, diiringi dengan keyakinan bahawa beliau adalah pemimpin masa depan UMNO dengan hasrat menjadi Perdana Menteri satu hari nanti, mendapat sorakan hebat penyokong sewaktu ceramahnya minggu lalu.

Namun, perbuatan KJ nampaknya tidak menggembirakan Ahmad Zahid yang mendakwa KJ sendiri meminta kerusi Sungai Buloh selepas beliau menyerahkan kerusi selamat Rembau kepada Datuk Seri Mohamad Hasan.

Siapa betul, siapa salah hanya mereka berdua yang tahu.

PELUANG KJ UNTUK MENYERLAH DALAM UMNO MASIH ADA

Namun pendedahan dan pengakuan KJ menimbulkan persoalan kenapa di saat ramai rakyat memuji prestasinya terutama dalam Kementerian Kesihatan Malaysia, namun beliau tidak mendapat tempat dan diberi perhatian parti sendiri.

Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berpandangan, konfrontasi KJ dengan Ahmad Zahid tidak sewajarnya menggugat kedudukan mantan Ketua Pemuda itu di dalam parti.

“Walaupun insiden itu seakan mencabar kepimpinan UMNO namun selagi tindakan beliau tidak bertentangan falsafah perjuangan parti maka tiada sebab untuk menolak KJ.

“Peluang untuk menyerlah dalam parti masih ada, malah sekiranya pemilihan Agung UMNO diadakan, KJ akan tetap mendapat perhatian dan sokongan daripada perwakilan terutama sayap pemuda dan wanita,” ujarnya kepada Sinar Premium.

Tambahnya, kuasa mutlak Presiden dan Majlis Tertinggi UMNO juga tidak harus dijadikan alasan untuk bersikap 'double standard' kerana ia boleh mematikan demokrasi yang sepatutnya diwujudkan dalam parti.

“UMNO akan jadi lemah jika pemimpin muda yang memiliki bakat kepimpinan baik dan idea bernas seperti KJ dimatikan karier politiknya demi kepentingan dan kekuasaan pihak tertentu.

“Pada masa sama, ia juga akan merobohkan identiti kepimpinan parti itu yang seharusnya mengetengahkan calon berwibawa untuk terus maju dan mendapat kepercayaan rakyat,” katanya lagi.

Hussain tidak menafikan dengan pengaruh dan ketokohan yang bukan sahaja disukai oleh warga UMNO malah diakui pihak lawan ditambah legitimasi KJ dalam berpolitik, tidak mustahil beliau mampu merampas Sungai Buloh daripada pihak lawan.

Pada masa sama, UMNO harus mempergunakan kekuatan personaliti KJ sebagai seorang pemimpin bebas salah laku jenayah dan rasuah untuk meluaskan pengaruh parti itu terutama dalam kalangan generasi muda demi kelangsungan masa depan.

SUNGAI BULOH KUNCI KJ KEKAL RELEVAN 

Bagi Ketua Penyelidik O2 Research Malaysia, Anis Anwar Suhaimi, kunci untuk KJ kekal relevan dalam parti terbesar di Malaysia itu adalah dengan memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh. 

“Peluang KJ untuk terus relevan dalam parti banyak bergantung pada keputusan PRU15 ini. 

Beliau perlu fokus untuk merampas kerusi Sungai Buloh dalm tempoh dua hari ini dan pastinya ruang akan terbuka luas untuk melebarkan sayap politik dalam parti,” ujar beliau.

Menariknya, kempen KJ dilihat sebagai antara kempen paling berjaya mencuri tumpuan ramai, malah antara hasil kaji selidik bertajuk Suara Rakyat Malaysia menuju PRU15 baru-baru ini, mendapati 24 peratus dalam kalangan responden muda menamakan KJ sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.

Menurut Anis Anwar, walaupun UMNO dibarisi ramai kepimpinan berbakat sekali gus menjadikan saingan untuk menyerlah dalam parti lebih sengit, namun KJ hanya perlu menunggu masa sahaja untuk menerajui parti.

“KJ berada dalam 'line of throne' yang tepat dan hanya perlu menunggu masa sesuai apatah lagi dengan prestasi cemerlang kepimpinan KJ sejak berada di Kementerian Belia dan Sukan yang telah mencipta banyak pencapaian sukan antara yang terbaik dalam sejarah negara. 

“Manakala selaku Menteri Kesihatan, kadar imunisasi Malaysia melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) antara yang pantas di dunia,” katanya lagi - Sinar Harian Premium


Demikianlah Artikel KJ Dalam 'Line Of Throne', Tetapi...

Sekianlah artikel KJ Dalam 'Line Of Throne', Tetapi... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KJ Dalam 'Line Of Throne', Tetapi... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/11/kj-dalam-line-of-throne-tetapi.html

Subscribe to receive free email updates: