Selain Fitch Solutions, Ahmad Maslan Juga Jangka BN Menang..

Selain Fitch Solutions, Ahmad Maslan Juga Jangka BN Menang.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selain Fitch Solutions, Ahmad Maslan Juga Jangka BN Menang.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selain Fitch Solutions, Ahmad Maslan Juga Jangka BN Menang..
link : Selain Fitch Solutions, Ahmad Maslan Juga Jangka BN Menang..

Baca juga


Selain Fitch Solutions, Ahmad Maslan Juga Jangka BN Menang..

PONTIAN: Barisan Nasional (BN) yakin memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan sekurang-kurangnya 112 kerusi berasaskan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jika Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) mempunyai keyakinan yang sama untuk memenangi PRU15, BN juga berpeluang untuk menerajui Putrajaya.

Katanya, di Sabah ada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN yang berpeluang memenangi banyak kerusi Parlimen daripada 25 kerusi yang dipertandingkan.

“Di Sarawak, hanya BN sahaja yang tidak menentang Gabungan Parti Sarawak (GPS), sebaliknya PH dan PN turut bertanding di sana. Oleh itu, apabila BN menang di Sabah dan Semenanjung, bonus penentu adalah GPS.

“Jika BN di Semenanjung memenangi 112 kerusi, dicampur dengan 25 kerusi milik GRS dan 31 GPS, kita BN akan mempunyai 137 kerusi Parlimen keseluruhannya,” katanya selepas program Sarapan Pagi Bersama Masyarakat Nelayan di Jeti Pengkalan Nelayan Sungai Ayer Baloi, hari ini.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, BN yakin akan memenangi PRU15, sekali gus membentuk Kerajaan Persekutuan selepas 19 November ini.

Tanda-tanda kemenangan dan perubahan sokongan rakyat terhadap BN boleh dilihat secara jelas sepanjang tempoh berkempen pada ketika ini.

Sebelum ini, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli turut yakin bahawa PN dan PH mampu memenangi PRU15, sekali gus membentuk kerajaan Pusat.

Ahmad yang juga calon BN di Parlimen Pontian menambah, semua parti mempunyai keyakinan untuk memenangi PRU15 tetapi hanya dapat ditentukan pada 19 November ini.

“Berdasarkan enam kemenangan pada PRK dan dua PRN Melaka dan Johor, kami yakin pengundi akan menolak parti yang memerintah selama 22 bulan tetapi membawa pelbagai masalah kepada negara.

“Begitu juga ketika PN memerintah selama 17 bulan, rakyat juga menderita kerana telah melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) paling lama dalam dunia,” katanya.

Berbaki beberapa jam lagi menuju hari pengundian Sabtu ini, beliau meminta semua jentera pilihan raya BN mengenal pasti 100 peratus pengundi putih dan memastikan mereka menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRU15.

“Sebagaimana arahan yang dikeluarkan oleh parti kepada jentera pilihan raya, fokus dan tumpuan adalah bagi menghadapi hari pengundian yang amat penting bagi masa depan negara.

“Sama ada derita atau bahagia dalam tempoh lima tahun akan datang, ditentukan oleh pengundi yang pastinya memilih BN yang membawa kestabilan dan kemakmuran,” katanya. – UTUSAN

Selain itu Fitch Solutions Country Risk and Industry Research meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).. bacalah di SINI


Demikianlah Artikel Selain Fitch Solutions, Ahmad Maslan Juga Jangka BN Menang..

Sekianlah artikel Selain Fitch Solutions, Ahmad Maslan Juga Jangka BN Menang.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selain Fitch Solutions, Ahmad Maslan Juga Jangka BN Menang.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/11/selain-fitch-solutions-ahmad-maslan.html

Subscribe to receive free email updates: