Judul : Dari Saifuddin Kepada Lawyers For Liberty (LFL)..
link : Dari Saifuddin Kepada Lawyers For Liberty (LFL)..
Dari Saifuddin Kepada Lawyers For Liberty (LFL)..
Pada mulanya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution menafikan tiga ‘tahanan yang kurus kering di Depoh Tahanan Imigresen Kimanis, Sabah disebabkan layanan buruk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).KUALA LUMPUR: Saifuddin Nasution Ismail berkata tidak adil untuk beliau diadili begitu awal sedangkan baru lima hari bertugas sebagai menteri dalam negeri.“Saya seorang yang sangat terbuka mendengar teguran dan pandangan. Siapa yang mengenali saya mereka akan akui itu stail kepimpinan saya.“Saya nak menyanggah pihak Lawyers for Liberty, dia harus tengok rekod saya lepas. Jangan buat kesimpulan awal,” kata Saifuddin dalam sidang media di Bukit Aman.Saifuddin berkata, sebagai menteri beliau perlu berlaku adil dengan mendengar terlebih dahulu setiap masalah dihadapi agensi bawah kementeriannya.Pada sidang media itu juga, beliau memaklumkan bahawa sebanyak RM 20 juta telah diluluskan bagi penyediaan kamera badan untuk digunakan oleh polis.Katanya, status terkini mengenai perkara tersebut sedang berada dalam peringkat perolehan.“Jadi saya difahamkan oleh ketua setiausaha kementerian, mereka akan membuat tindakan susulan bagi memastikan ia harus disegerakan.“Kita tiada kawalan aspek itu. Kita harap sebarang karenah yg melambatkan dapat kita atasi,” katanya.Ketika ditanya mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma, menteri dalam negeri itu menjelaskan, setiap tangkapan yang dibuat oleh polis melibatkan Sosma mengikut proses ditetapkan.“Berbanding kalau ISA atau Ordinan Darurat, (tempoh tahanan) itu sehingga 60 hari. Sosma pula adalah 28 hari.“Pada akhir 28 hari, cuma ada dua syor iaitu bebas atau dihadap ke mahkamah. Kalau dihadap ke mahkamah pula, dia masih boleh ambil khidmat peguam,” katanya - FMT
Berlaku adillah.. Dia baru kerja lima hari kot..
Demikianlah Artikel Dari Saifuddin Kepada Lawyers For Liberty (LFL)..
Sekianlah artikel Dari Saifuddin Kepada Lawyers For Liberty (LFL).. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dari Saifuddin Kepada Lawyers For Liberty (LFL).. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/12/dari-saifuddin-kepada-lawyers-for.html