Exco Sahkan MB Terengganu Di Luar Negara ..

Exco Sahkan MB Terengganu Di Luar Negara .. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Exco Sahkan MB Terengganu Di Luar Negara .., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Exco Sahkan MB Terengganu Di Luar Negara ..
link : Exco Sahkan MB Terengganu Di Luar Negara ..

Baca juga


Exco Sahkan MB Terengganu Di Luar Negara ..

EXCO kerajaan Terengganu mengesahkan menteri besarnya Ahmad Samsuri Mokhtar berada di luar negara sewaktu puluhan ribu rakyatnya menderita akibat banjir buruk melanda negeri itu.

Wan Sukairi Wan Abdullah yang mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insight juga menekankan bahawa isu berkenaan tidak wajar dipolitikkan.

Jelasnya, perjalanan naib presiden PAS itu telah dirancang awal dan keadaan banjir tidak begitu buruk semasa Samsuri berlepas ke luar negara.

Malah katanya, Samsuri juga telah membuat persiapan memberi arahan kepada semua exco, wakil rakyat dan agensi awam mengenai urusan banjir.

“Sebelum pergi ke luar negara (beliau) beri arahan pada kita exco, Adun dan jentera kerajaan dan beliau juga telah turun di beberapa buah PPS dan tempat yang yang terkena gelombang pertama.

“Beliau hanya pergi ke luar negara semasa masa itu banjir sudah surut untuk gelombang pertama,” katanya.

Adun Wakaf Mempelam itu juga menganggap isu tersebut sengaja dibangkitkan untuk menyerang pentadbiran negeri.

“Isu ini tidak patut timbul sebenarnya ia sengaja dicipta pihak musuh untuk memperlihatkan seolah-olah kegagalan urusan kerajaan negeri di Terengganu.

“Biarpun banjir kali ini dikatakan banjir paling buruk tapi kita berjaya tangani dengan baik.

Exco belia dan sukan itu juga enggan mengesahkan destinasi sebenar Samsuri dan sama ada kunjungan itu atas urusan kerja atau semata-mata untuk bercuti.

Wan Sukairi sebaliknya menegaskan, Samsuri pada waktu ini sudah tiba ke tanah air semula dan menjangka akan pulang ke Terengganu “pada bila-bila masa”.

“Menteri besar sudah ada di Malaysia hari ini, bila-bila masa sahaja beliau akan ada di Terengganu,” katanya kepada The Malaysia Insight.

Beliau turut ditanya sama ada Samsuri memendekkan perjalanannya untuk pulang ke Malaysia atau mengikut jadual perjalanan asal

Adun Wakaf Mempelam itu ditanya mengenai jadual perjalanan bagi penerbagan AirAsia ke Auckland, Australia bertarikh 11 Disember yang menunjukkan nama Samsuri.

Jadual perjalanan itu juga menunjukkan Ahmad Samsuri sepatutnya pulang dari Auckland pada 22 Disember.

Dakwaan mengenai kunjungan Samsuri ke luar negara itu dibangkitkan bekas pemimpin Umno Lokman Noor Adam yang mendakwa menteri besar itu bercuti bersama keluarga.

Keberadaan Samsuri menimbulkan tanda tanya apabila beliau dilaporkan tidak kelihatan sewaktu banjir buruk melanda negeri tersebut, termasuk ketika lawatan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Video dan gambar dikongsi orang awam di media sosial menunjukkan kemusnahan besar termasuk rumah dan kedai yang hanyut dan runtuh seperti ditunjukkan berlaku di Kampung La, Besut.

Rakaman tersebut juga menunjukkan kenderaan awam bergelimpangan selepas dihentam arus banjir - TMI


Demikianlah Artikel Exco Sahkan MB Terengganu Di Luar Negara ..

Sekianlah artikel Exco Sahkan MB Terengganu Di Luar Negara .. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Exco Sahkan MB Terengganu Di Luar Negara .. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/12/exco-sahkan-mb-terengganu-di-luar-negara.html

Subscribe to receive free email updates: