Pelantikan Ahmad Jazlan Sebagai Pengerusi Felcra Ditangguh - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelantikan Ahmad Jazlan Sebagai Pengerusi Felcra Ditangguh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Pelantikan Ahmad Jazlan Sebagai Pengerusi Felcra Ditangguhlink :
Pelantikan Ahmad Jazlan Sebagai Pengerusi Felcra Ditangguh
Baca juga
Pelantikan Ahmad Jazlan Sebagai Pengerusi Felcra Ditangguh
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan semula bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi Felcra ditangguhkan.
Perdana Menteri berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
“Mengenai pelantikan Pengerusi Felcra, memang sudah dimaklumkan kepada TPM dan ditangguhkan,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Perdana Menteri, di sini hari ini.
Pada 16 Disember lalu, Ahmad Zahid memberitahu, Ahmad Jazlan dilantik semula sebagai Pengerusi Felcra selepas mengambil kira kehendak perwakilan Koperasi Peserta-Peserta Malaysia Berhad.
Ahmad Zahid berkata, biarpun Kabinet memutuskan supaya semua jawatan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditamatkan, atas kehendak ahli koperasi itu, pertimbangan bagi lantikan semula itu diberikan.
Dalam pada itu, Anwar turut menjelaskan kekeliruan banyak pihak berhubung lantikan politik.
Beliau menegaskan beliau tidak pernah menyatakan bahawa tidak boleh mana-mana orang terlibat poilitik itu tidak boleh menjadi pengurusan.
“Tetapi mereka itu mesti terikat dengan syarat-syarat dan mesti ada kelayakan dalam bidang berkenaan.
“Itu saya nak jelaskan bahawa ada kemungkinan beberapa tokoh politik atau ahli Parlimen yang ditugaskan tetapi kita menetapkan kaedah dan keupayaan profesional dan prestasi sebelumnya pematuhan kepada peraturan tata kelola yang ditetapkan,” katanya.
Anwar sebaliknya menjelaskan, keputusan penamatan jawatan lantikan politik pengerusi dan ahli lembaga pengarah dibuat kerana memberi ruang untuk menilai prestasi masing-masing.
Kata beliau, ini termasuk supaya mereka tunduk kepada garis panduan dan tata kelola yang ditetapkan kerajaan.
“Saya menangguhkan hal ini kerana ada isu-isu seumpamanya ada satu syarikat kerajaan ada syarikat kecil, syarikat induk itu mengalami masalah kewangan dan syarikat kecil itu keuntungan besar. Jadi syarikat kecil itu nak memberikan bonus yang besar.
“Hal-hal ini kita cerakin dalam peraturan dan garis panduan,” katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Jemaah Menteri yang dikatakan sudah memutuskan bahawa pengerusi dan ahli lembaga pengarah lantikan politik ditamatkan perkhidmatan serta-merta.
Ia membabitkan jawatan berkenaan di badan berkanun Persekutuan, syarikat menteri kewangan (Diperbadankan), syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan yang dinyatakan dalam dokumen yang ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali. –
UTUSAN
Demikianlah Artikel Pelantikan Ahmad Jazlan Sebagai Pengerusi Felcra Ditangguh
Sekianlah artikel Pelantikan Ahmad Jazlan Sebagai Pengerusi Felcra Ditangguh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelantikan Ahmad Jazlan Sebagai Pengerusi Felcra Ditangguh dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/12/pelantikan-ahmad-jazlan-sebagai.html