Parti Diasaskan Mahathir Kini Bergolak.. - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Parti Diasaskan Mahathir Kini Bergolak.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Parti Diasaskan Mahathir Kini Bergolak..link :
Parti Diasaskan Mahathir Kini Bergolak..
Baca juga
Parti Diasaskan Mahathir Kini Bergolak..
DATUK Seri Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, sebab sebenar beliau meletak jawatan selaku Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan dan Ahli Majlis Eksekutif Pejuang (MEP) Pusat adalah sebagai protes terhadap cadangan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mencadangkan supaya parti itu menyertai Pakatan Harapan (PH) semula semasa mesyuarat MEP baru-baru ini.
Khairuddin menjelaskan punca utama melepaskan jawatan tersebut adalah kerana beliau sudah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz selepas bekas Menteri Besar Kedah itu mengemukakan cadangan supaya mereka menjadi sebahagian daripada parti gabungan PH berikutan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Bekas calon Gerakan Tanah Air (GTA) kerusi Parlimen Titiwangsa pada PRU15 itu berkata, perkara berkenaan dikuatkan lagi dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Pejuang pada 16 Disember lalu.
“Saya hilang kepercayaan kepada Presiden kerana bekas Menteri Besar Kedah berkenaan mencadangkan supaya Pejuang menyertai PH semasa mesyuarat MEP selepas PRU15 lalu.
“Mukhriz juga tidak mahu kekal bersama Gerakan Tanah Air (GTA) dan menolak cadangan Tun Dr Mahathir mahu berehat daripada tugas selaku Pengerusi Pejuang,” katanya dalam penjelasan ringkas mengenai punca sebenar beliau meletak jawatan berkenaan berkuat kuasa mulai Selasa.
Tindakan Khairuddin, Dr Mahathir dan beberapa pemimpin lain meninggalkan Pejuang menyebabkan parti berkenaan kini menghadapi pergolakan dalaman yang semakin serius, sekali gus mengakibatkan pengundi hilang keyakinan terhadap mereka.
Malah, sehingga kini difahamkan lebih 10 pemimpin tertinggi termasuk ahli MEP dan Ketua Pejuang negeri sudah berbuat demikian dengan menghantar surat peletakan jawatan masing-masing kepada Setiausaha Agung, Datuk Aminuddin Hamzah.
Antara pemimpin yang sudah melepaskan jawatan mereka termasuklah Timbalan Presiden Pejuang merangkap Ketua Setiausaha GTA, Datuk Marzuki Yahya; Ketua Muda Pejuang, Dr Abu Hafiz Salleh Huddin; Ahli MEP, Abu Bakar Yahya dan terbaru, Khairuddin.
Difahamkan, mereka membuat keputusan drastik meletakkan jawatan masing-masing kerana tidak bersetuju dengan cadangan pucuk pimpinan tertinggi yang mahu parti diasaskan Dr Mahathir itu menyertai PH demi survival politik pemimpin tertentu.
Dalam pada itu, Khairuddin menegaskan beliau kini mengambil sikap tunggu dan lihat apa kenyataan balas bakal dikeluarkan oleh Mukhriz, sebelum mendedahkan kepincangan sebenar wujud dalam parti berkenaan.
“Saya mahu tunggu apa kenyataan Mukhriz dan kalangan pemimpin yang mengkhianati perjuangan Dr Mahathir selama ini bersuara dan memberi maklum balas terhadap kenyataan saya ini dulu.
“Jika mereka memberikan kenyataan dengan memanipulasi fakta, Insya-ALLAH saya akan membuat sidang media bagi mendedahkan sepenuhnya siapakah dalang sebenar yang cuba menjatuhkan Dr Mahathir,” ujar beliau.Sementara itu, Abu Bakar ketika dihubungi menegaskan beliau bertindak meletakkan jawatan susulan keputusan mesyuarat MEP pada 15 Disember lalu dan susulan keputusan Dr Mahathir mengundurkan diri daripada tanggungjawab sebagai Pengerusi Pejuang.
SETIA BERSAMA DR. MAHATHIR
Abu Bakar berkata, beliau melepaskan semua jawatannya dalam Pejuang termasuk Ahli MEP demi prinsip dan perjuangannya yang sentiasa setia bersama Dr Mahathir.
“Selama ini saya yakin dengan perjuangan Dr Mahathir yang sentiasa kekal berprinsip dan tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran demi bangsa, negara mahupun agama.
“Apabila Pejuang sudah tidak berpegang kepada prinsip perjuangan asal dan mahu keluar daripada GTA... Apabila Pejuang menerima peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Pengerusi, kami sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti. Kami lebih yakin kepada kepimpinan dan ketelusan Dr Mahathir berbanding Mukhriz,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan beliau dan rakan seperjuangannya memilih untuk melepaskan jawatan dalam parti kerana faktor cadangan Mukhriz mahu Pejuang ‘rujuk semula’ dengan PH, ini jawapan Abu Bakar: “Saya memang sahkan perkara itu ada dibincangkan dalam mesyuarat MEP tetapi rasanya baik kamu tanya Presiden sendiri. Bagaimanapun, saya boleh sahkan bahawa saya bersama beberapa pemimpin MEP lain akan melepaskan semua jawatan dalam parti Pejuang, dalam masa terdekat. Malah, saya yakin lebih 10 ahli MEP akan meletakkan jawatan masing-masing juga dalam masa terdekat.
“Saya tidak tahu (sama ada Pejuang akan runtuh atau tidak) kerana ia adalah tanggungjawab Presiden selepas Dr Mahathir melepaskan jawatan selaku Pengerusi Pejuang,” jelasnya.
Abu Bakar juga menolak andaian dan tuduhan pihak tertentu bahawa beliau menjadi punca atau penghasut sehingga menyebabkan Dr Mahathir mengumumkan peletakan jawatan selaku Pengerusi Pejuang.
“Dr Mahathir berbuat demikian kerana sebab tersendiri bukan kerana hasutan dan saya adalah orang biasa yang tidak mungkin dapat mempengaruhi bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu meletakkan jawatannya.
“Dr Mahathir mempunyai pendirian dan prinsip tersendiri serta tidak mudah dipengaruhi oleh saya atau mana-mana pemimpin lain. Beliau seorang yang berfikir panjang sebelum membuat sesuatu keputusan.
“Jadi jika ada orang menuduh kononnya kami menghasut Dr Mahathir supaya bertanding PRU15 dan bersara daripada arena politik, tetapi itu adalah ‘cerita dongeng’ kerana semua orang kenal siapa sebenarnya beliau,” ujarnya -
SH
Demikianlah Artikel Parti Diasaskan Mahathir Kini Bergolak..
Sekianlah artikel Parti Diasaskan Mahathir Kini Bergolak.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Parti Diasaskan Mahathir Kini Bergolak.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/12/parti-diasaskan-mahathir-kini-bergolak.html