Kenapa Anwar Tak Tegur Tauke Telur Dan Simen? Mamat Ni Tanya..

Kenapa Anwar Tak Tegur Tauke Telur Dan Simen? Mamat Ni Tanya.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Anwar Tak Tegur Tauke Telur Dan Simen? Mamat Ni Tanya.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa Anwar Tak Tegur Tauke Telur Dan Simen? Mamat Ni Tanya..
link : Kenapa Anwar Tak Tegur Tauke Telur Dan Simen? Mamat Ni Tanya..

Baca juga


Kenapa Anwar Tak Tegur Tauke Telur Dan Simen? Mamat Ni Tanya..

Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dipersoalkan kerana tidak menegur tauke-tauke besar yang rapat dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP, khususnya kartel yang memonopoli telur dan simen.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata kekurangan telur yang menyebabkan kenaikan harga bahan makanan berkaitannya perlu ditangani segera.

Demikian juga katanya, isu kenaikan harga simen yang melonjak sehingga 30 peratus yang pastinya akan mempengaruhi kos pembinaan kediaman dan bangunan.

“Bila dah jadi kerajaan, kita perlu tahu apa keutamaan. Tidak boleh lagi bermentaliti pembangkang populis. Sekarang ini rakyat resah, kecewa dan marah dengan masalah kekurangan bekalan serta lonjakan harga telur dan simen.

“Dua isu ini bukan baru bermula semalam. Sepatutnya, siapa juga menjadi kerajaan selepas PRU-15, inilah keutamaan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Rakyat berdepan dengan isu kekurangan bekalan telur dan harganya melambung. Harga makanan menggunakan telur pun ikut naik. Contohnya laporan berita mengatakan harga roti canai telur naik dari RM2.50 ke RM3.20. Naik 70 sen.

“Simen pula melonjak 30 peratus iaitu daripada RM17 bagi setiap beg 50kg, sekarang naik sehingga RM22.50. Jika simen naik harga, semua bahan binaan melibatkan simen akan turut naik. Padahal, simen adalah Barangan Kawalan Berjadual yang tak sepatutnya naik,” katanya dalam kenyataan hari ini (9 Disember 2022).

Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata semua ini berlaku disebabkan monopoli dan permainan licik tauke-tauke kaya yang menguasai industri makanan dan pembinaan.

“Yang jadi mangsa ialah rakyat dan kontraktor terutama kontraktor kecil. Telur dan simen sepatutnya menjadi keutamaan Anwar Ibrahim.

“Tapi Anwar utamakan beras. Ya harga beras penting, tapi kenapa masih tak ada idea bagaimana nak selesaikan masalah harga telur dan simen yang lebih mendesak sekarang?

“Inilah bahana jika terlalu banyak wayang populis tapi sebenarnya tong kosong saja. Berlakulah salah keutamaan (wrong priorities). Tak ada kah keinginan nak tegur tauke-tauke kaya “tertentu” dalam industri berkaitan telur dan simen? Itu sepatutnya jadi keutamaan kerajaan.

“Saya setuju jangan ada monopoli tetapi letaklah keutamaan yang betul dan jangan lindungi tauke-tauke kawan-kawan PH-DAP daripada “teguran”. Jangan pilih bulu,” katanya lagi.

Wan Saiful juga menyindir Anwar berhubung janji untuk menurunkan harga minyak sekiranya menjadi Perdana Menteri.

“Wahai Pak Syeikh, itu belum lagi saya tanya mengenai harga minyak. Berapa kali esok yang Pak Syeikh perlukan untuk turun harga minyak?,” soalnya merujuk kepada janji dibuat Anwar pada 17 Julai lalu.

Pengerusi PH yang dilantik menjadi Perdana Menteri kesepuluh setelah gabungannya bergabung dengan UMNO dalam ucapan pengulungan pada Kongres PKR ke-16, mengulangi janji untuk menurunkan harga minyak petrol sehari selepas dia memegang tampuk kuasa.

Presiden PKR itu sedar janji Pakatan Harapan untuk menurunkan harga minyak dipermainkan rakyat kerana parti itu tidak menepatinya semasa mentadbir negara selama 22 bulan - AgendaDaily


Demikianlah Artikel Kenapa Anwar Tak Tegur Tauke Telur Dan Simen? Mamat Ni Tanya..

Sekianlah artikel Kenapa Anwar Tak Tegur Tauke Telur Dan Simen? Mamat Ni Tanya.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa Anwar Tak Tegur Tauke Telur Dan Simen? Mamat Ni Tanya.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/12/kenapa-anwar-tak-tegur-tauke-telur-dan.html

Subscribe to receive free email updates: