Nak Import Telur?.. Can I Advise You Something Abang Mat?

Nak Import Telur?.. Can I Advise You Something Abang Mat? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nak Import Telur?.. Can I Advise You Something Abang Mat?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nak Import Telur?.. Can I Advise You Something Abang Mat?
link : Nak Import Telur?.. Can I Advise You Something Abang Mat?

Baca juga


Nak Import Telur?.. Can I Advise You Something Abang Mat?

Sebenarnya.. kalau Abang Mat buat sikit homework pasti dia tak akan keluarkan kenyataan untuk mengimport telur dari luar negara bagi mengatasi masalah kekurangan telur dalam negara kita..

Ini kerana pada 25 Oktober yang lalu Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang di Pengerusikan oleh Annuar Musa telah menolak syor mengapungkan harga telur ayam atau diimport dari luar negara, walaupun terdapat kekurangan bekalan domestik ketika ini.

Beliau mengesahkan terdapat kekurangan lebih 96 juta biji telur sebulan, berikutan pengeluaran bulanan hanya 871.9 juta biji berbanding keperluan 968.8 juta biji, susulan kenaikan kos pengeluaran.

“Kita sama sekali tidak melihat opsyen import sebagai satu penyelesaian. Pertama kerana kedudukan harga telur di luar jauh lebih mahal, jadi tak mungkin kita import telur yang lebih mahal dan jual murah di negara kita, selain kita nak jaga industri pengeluaran tempatan.

“Kalau harga telur diapungkan pula, harga dijangka melonjak tidak kurang 12 sen, maka pasukan tidak memperakukan cadangan ini, walaupun pengapungan dilihat sebagai jalan keluar lebih kekal, terutama mengikut pandangan pengeluar di ladang,” katanya.

Bagi menangani isu itu, katanya, pasukan berkenaan mengesyorkan subsidi lapan sen bagi sebiji telur ditambah sebanyak dua sen, melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM20 juta sebulan atau harga kawalan sedia ada dinaikkan sebanyak dua sen sebiji.

Annuar berkata, ketika itu, harga telur ayam di peringkat ladang bagi gred A adalah 41 sen sebiji, gred B 39 sen dan 37 sen bagi gred C.

Bagaimanapun, katanya, kos pengeluaran bagi sebiji telur gred A di peringkat ladang, contohnya ialah 51 sen.

“Jadi, kalau kos gred A 41 sen dicampur lapan sen (subsidi) berjumlah 49 sen, pendapatan pengeluar dua sen lebih rendah daripada kos pengeluaran. Ini menyebabkan sebahagian penternak mengambil tindakan seperti menghapuskan ayam yang mencapai umur tertentu lebih awal. Lazimnya, ayam mencapai usia 80 ke 85 hari boleh lagi bertelur, tapi terpaksa dilupuskan untuk menjimatkan kos.

“Ayam gantian kepada yang disembelih pula pengeluarannya agak perlahan, menyebabkan keseluruhan pengeluaran terus merosot dan ini akan terus menjejaskan bekalan telur dalam negara.”

Memandangkan salah satu opsyen yang dicadangkan melibatkan implikasi kewangan dalam keadaan Parlimen dibubarkan, beliau berkata, cadangan itu sudah dirujuk kepada perdana menteri dan menteri kewangan semasa mesyuarat itu diadakan kerana keputusan segera perlu dibuat.

Katanya, pasukan berkenaan meminta kerjasama pengeluar telur tidak melupuskan ayam telur pada usia lebih awal dan menyeru pihak industri mengemukakan syor lain bagi mengatasi kekurangan bekalan lebih 96 juta biji telur ketika ini.

Itu kata Annuar Musa.. satu cadangan yang telah dilakukan kajian akan keboleh laksanaannya bagi mengatasi isu kekurangan telur dan berikut pula adalah pendapat Penganalisis telur..  

KUALA LUMPUR: Langkah mengimport telur ayam bukan penyelesaian jangka panjang yang berdaya maju memandangkan telur ayam yang diimport secara umumnya lebih mahal berbanding harga siling, demikian kata TA Securities.

Penganalisisnya, Ong Tze Hern, berkata mengikut peserta industri, satu-satunya sumber asing bagi import telur yang lebih murah berbanding harga siling adalah dari Russia.

Bagaimanapun, beliau berkata, Malaysia tidak mungkin mengimport dari Russia kerana faktor ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di peringkat global.

Katanya, berdasarkan semakan salurannya mendapati bekalan telur ayam, terutamanya telur gred A, gred B dan gred C harga kawalan masih tidak mencukupi walaupun bekalan meningkat sebanyak lima hingga 10 peratus dalam beberapa minggu lalu.

Difahamkan harga telur paling rendah adalah di Malaysia, yang mana sedozen telur Gred C berharga RM4.92, jauh lebih rendah berbanding Thailand (RM7.42), Singapura (RM12.24), Indonesia (RM6.55), Brunei (RM10.15) dan Vietnam (RM5.78).

Jelasnya, kebanyakan peruncit masih menghadapi kekurangan telur harga kawalan berikutan peningkatan permintaan yang lebih tinggi.

"Tambahan pula, ketirisan dalam bentuk penyeludupan ke Thailand, yang mana telur dijual 20 peratus lebih tinggi berbanding harga siling di Malaysia menjadikan keadaan bertambah teruk," katanya dalam nota penyelidikannya.

Dalam usaha menampung keperluan pasaran tempatan pada harga yang lebih rendah, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengimport bekalan telur daripada beberapa negara sumber yang sudah dikenal pasti dengan segera.

Menterinya, Mohamad Sabu, berkata itu antara langkah jangka pendek yang diambil kementeriannya, selain akan memastikan telur ayam yang diterima itu selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan.

Mengulas lanjut, Ong berkata, melainkan tiada harga siling dikenakan ke atas telur import, kerajaan mungkin perlu memberi subsidi perbezaan harga antara kos dan harga siling.

Namun begitu, katanya, langkah berkenaan bercanggah dengan matlamat kementerian dalam mencapai jaminan makanan negara.

Katanya, nisbah sara diri telur ayam/itik terkini ialah 114.4 peratus.

Mengulas lanjut, Ong berkata, pada masa ini, sebahagian besar telur harga kawalan dijual kepada restoran dan kedai roti serta memberi manfaat kepada mereka yang mungkin tidak paling memerlukannya.

Beliau berkata, daripada menyalurkan subsidi kepada pengeluar, pihaknya berpendapat bahawa kerajaan harus menaikkan harga siling telur dan memberi sokongan secara langsung kepada isi rumah berpendapatan rendah.

"Andaikan harga telur meningkat sebanyak 10 sen, ini bermakna peningkatan kira-kira RM12 dalam kos bulanan (iaitu dilindungi oleh bantuan kewangan langsung kerajaan) untuk isi rumah empat orang yang memakan sebiji telur setiap hari.

"Sudah pasti, kementerian mungkin perlu memantau dan mengenakan penalti untuk sebarang kenaikan harga yang berlebihan dan pencatutan oleh perniagaan," katanya - BH

Buat homework sikit la Bang Mat sebelum bercakap tu..  Isu takdak telur ni dah lama jalan penyelesaian pun depa dah kaji dulu.. teruskan sajalah.. jangan dok buang masa..



Demikianlah Artikel Nak Import Telur?.. Can I Advise You Something Abang Mat?

Sekianlah artikel Nak Import Telur?.. Can I Advise You Something Abang Mat? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nak Import Telur?.. Can I Advise You Something Abang Mat? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/12/nak-import-telur-can-i-advise-you.html

Subscribe to receive free email updates: