Dari MP PKR Kepada Ahmad Shabery...

Dari MP PKR Kepada Ahmad Shabery... - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dari MP PKR Kepada Ahmad Shabery..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dari MP PKR Kepada Ahmad Shabery...
link : Dari MP PKR Kepada Ahmad Shabery...

Baca juga


Dari MP PKR Kepada Ahmad Shabery...

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen, Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim terus menggunakan puisi sebagai platform mengkritik serta menyindir politik tanah air termasuk Kerajaan Perpaduan.

Terbaharu menerusi puisi bertajuk 'Demi Daulah Ini', Hassan yang juga bekas Pengerusi PKR Johor itu dipercayai menyindir kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam, yang mengulas tindakannya sering menegur Kerajaan Perpaduan secara puitis dan tersirat.

Hassan menerusi puisi terbaharu itu menyindir kenyataan Ahmad Shabery yang menyifatkan 'kritikan' beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) terhadap Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai virus.

Menerusi rangkap pertama puisi Hassan, '...atas nama kestabilan jangan digoncang perahu ini jangan, jangan, nanti karam semua' Hassan dipercayai, menyindir kenyataan Ahmad Shabery yang menyatakan tindakan mengkritik Kerajaan Perpaduan secara berterusan akan memberi kesan kepada kestabilan kerajaan.

Semalam, Ahmad Shabery dilaporkan mengingatkan perbuatan mengkritik rakan dalam kerajaan secara terbuka adalah 'virus' yang belum ada vaksinnya sehingga kini.

Beliau dilaporkan berkata, ia boleh memendekkan jangka hayat kerajaan seperti dihadapi PH selama 22 bulan sebelum ini.

Ahmad Shabery sebelum ini dilaporkan menunjukkan rasa simpati terhadap dilema dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kritikan terbuka Hassan membabitkan kes mahkamah dihadapi Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Beliau menyifatkan kerajaan ketika ini dibina menggunakan jambatan sementara daripada besi dan berdepan risiko runtuh.

Bagaimanapun, Hassan yang juga pemimpin veteran PKR dilihat terus melontarkan sindiran tajamnya terhadap Ahmad Shabery dalam puisi itu, kononnya atas nama kestabilan maka semua pihak perlu berdiam diri sekali gus menerima hakikat bahawa kini PH dan BN bekerjasama tanpa mempedulikan tadbir urus yang baik serta integriti pemimpin.

Menerusi puisi itu, Hassan secara sinis turut menyentuh sikap 'talam dua muka' segelintir pemimpin yang sanggup memekakkan telinga walaupun tahu kesalahan berlaku demi mempertahankan jawatan yang baharu diperoleh.

Demi Daulah Ini

Atas nama kestabilan
Jangan digoncang perahu ini

Jangan, jangan
Nanti karam semua
Ingat ya,
Jambatan kamu
Bukan Jambatan konkrit
Ingat itu
Lalu, diam semua kamu
Sebaiknya
Jangan lagi
Jangan lagi bicara hal-hal rasuah

Jangan, jangan
Jangan diungkit-ungkit
Ketirisan itu
Kebocoran ini
Jangan
Jangan disebut lagi
Kes itu
Kes ini
Perkataan-perkataan kluster dan Mahkamah
Semua itu, sensitif waktu kini
Membisulah kamu sebaiknya Saudara

Jangan
Jangan bising-bising lagi
Nanti karam perahu ini
Nanti tercabut skrew-skrew
Jambatan bailey ini
Ini petua dariku Saudara
Membisu itu baik di kala ini
Ya, membisu itu Pilihan terbaik kini

Jangan
Jangan kamu terlalu idealis Saudara
Pragmatislah sedikit
Opoligislah sedikit
Kita kan terpaksa segalanya
Hidup lemas dalam dilemma ini?
Ya, terimalah hakikat Saudara
Timbulnya kamu
Tenggelamnya aku
Kan kita kembar siam?

Jangan
Jangan digoncang perahu ini
Nanti kita semua karam
Lemas dan tenggelam
Option kita Saudara
Hanya Satu atau Dua saja
Pekakkan telingamu
Buat-buat tidak dengar
Mereka memunggah harta Negara

Jangan,
Jangan Saudara
Jangan buka matamu
Buat-buat buta Saudara
Pura-puralah tak kelihatan
Mereka melarikan kekayaan ke Virgin Island
Nah, ini saja Pilihan yang ada
Untuk Selamat bernyawa
Ayuh, matikan segera nuranimu
Kita korbankan segalanya
Demi kestabilan Daulah Ini

Hassan Abdul Karim
Jumaat 20 Januari 2023
Pasir Gudang


Demikianlah Artikel Dari MP PKR Kepada Ahmad Shabery...

Sekianlah artikel Dari MP PKR Kepada Ahmad Shabery... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dari MP PKR Kepada Ahmad Shabery... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/01/dari-mp-pkr-kepada-ahmad-shabery.html

Subscribe to receive free email updates: