Nak Rampas Penang?.. Biarlah Shahidan Dengan Angan-angannya

Nak Rampas Penang?.. Biarlah Shahidan Dengan Angan-angannya - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nak Rampas Penang?.. Biarlah Shahidan Dengan Angan-angannya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nak Rampas Penang?.. Biarlah Shahidan Dengan Angan-angannya
link : Nak Rampas Penang?.. Biarlah Shahidan Dengan Angan-angannya

Baca juga


Nak Rampas Penang?.. Biarlah Shahidan Dengan Angan-angannya

Pada Rabu, Shahidan dalam klip video di laman Facebooknya berkata PN mempunyai strategi untuk menawan Negeri Sembilan dan Selangor selain mempunyai keyakinan ia boleh ‘menawan’ Pulau Pinang.

Sebelum ini Presiden Gerakan Dominic Lau dalam temu bual dengan media berkata partinya - kini sebahagian daripada PN - percaya masanya sudah tiba untuk parti itu menjatuhkan DAP dan mengambil alih semula negeri itu.

Lau berkata walaupun parti itu gagal memenangi sebarang kerusi pada 2018 dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini, namun ia mempunyai “konsep, strategi dan bakat” untuk memerintah Pulau Pinang semula.

Gerakan mentadbir Pulau Pinang selama 39 tahun antara 1969 dan 2008. Sejak itu negeri itu berada di tangan PH setelah menjadi kubu kuat DAP.

Memberi maklum balas kepada Lau, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ll P Ramasamy berkata harapan presiden Gerakan untuk kembali berpolitik di Pulau Pinang adalah lebih daripada halusinasi.

Dan Lim Guan Eng pula menyifatkan keyakinan Shahidan Kassim itu hanyalah angan-angan..

GEORGETOWN: Tindakan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan keyakinan bahawa Perikatan Nasional (PN) dapat 'menggoncang' Pulau Pinang hanya disifatkan sebagai angan-angan.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng secara berseloroh turut membayangkan kenyataan bekas Menteri Besar Perlis itu umpama peribahasa 'biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya'.

"Biarkan si labu dengan... biarlah biar...kalau dia nak (goncang Pulau Pinang) biarlah dia dengan dia punya anggan-angan dia," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DAP Pulau Pinang di sini.

Semalam, Shahidan menerusi hantaran berbentuk klip video di laman Facebook beliau berkata PN mempunyai strategi tertentu untuk menawan Negeri Sembilan dan Selangor, selain yakin dapat 'menggoncangkan' Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, DAP belum membuat sebarang perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) berhubung pembahagian kerusi dalam berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau turut berpendapat, perkara itu tidak akan didedahkan buat masa ini meskipun perbincangan mengenainya dilakukan kelak.

"Kalau adapun perbincangan (pembahagian kerusi) kita tidak akan dedahkan. Saya rasa tunggulah kita akan umumkan," katanya ringkas.

Isnin lalu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tiada halangan untuk pimpinan peringkat negeri mengadakan perbincangan berhubung pembahagian kerusi antara PH dan BN.

Perdana Menteri yang juga Presiden PKR itu turut menjelaskan setakat ini belum ada perbincangan rasmi berhubung perkara itu sebagai persiapan PRN akan datang - BH

DAP mungkin tak tergugat.. tapi lain-lain parti yang bersama DAP membentuk Kerajaan Negeri mungkin tergugat..


Demikianlah Artikel Nak Rampas Penang?.. Biarlah Shahidan Dengan Angan-angannya

Sekianlah artikel Nak Rampas Penang?.. Biarlah Shahidan Dengan Angan-angannya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nak Rampas Penang?.. Biarlah Shahidan Dengan Angan-angannya dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/01/nak-rampas-penang-biarlah-shahidan.html

Subscribe to receive free email updates: