Kelayakan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Ekonomi Dipersoal..

Kelayakan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Ekonomi Dipersoal.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kelayakan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Ekonomi Dipersoal.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kelayakan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Ekonomi Dipersoal..
link : Kelayakan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Ekonomi Dipersoal..

Baca juga


Kelayakan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Ekonomi Dipersoal..

Kata Perdana Menteri yang mempertahankan pelantikan anaknya bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, bagi membantunya di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).


Ianya dibuat berdasarkan kelayakannya, ini kerana anaknya itu mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, beliau berkata Nurul Izzah tidak menerima sebarang elaun atas pelantikannya itu.

“Saya pun tiada kelulusan berkaitan kewangan tetapi saya pernah jadi Menteri Kewangan selama lapan tahun. Menteri-menteri dalam Perikatan Nasional (PN) pun tiada kelulusan masing-masing, tetapi bila giliran kita, mereka bangkitkan.

“Jadi, apakah benar seorang Menteri Kesihatan mesti seorang doktor? Dan seorang menteri air mesti jurutera? Untuk Nurul Izzah, dia ada ijazah kejuruteraan dan ijazah bidang dasar awam. Memang saya minta, pelawa dia untuk bantu saya sebagai penasihat di JPM dan MOF,”

Nurul Izzah mengesahkan pelantikannya sebagai penasihat kanan Ekonomi dan Kewangan kepada perdana menteri dan memulakan khidmatnya berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Dan lantikan itu dipertikasikan oleh banyak pihak antaranya ialah Center of Market Education (CME) sebuah badan pemikir kewangan..

Badan pemikir ekonomi menyuarakan kebimbangan berhubung pelantikan anak perempuan Anwar Ibrahim sebagai penasihat kanannya dalam bidang kewangan dan ekonomi, mengatakannya sebagai salah satu daripada beberapa siri tindakan yang bertentangan dengan reformasi yang diperjuangkan sebelum ini oleh perdana menteri tersebut.

Center for Market Education (CME) berkata peranan penasihat ekonomi memerlukan seseorang yang mempunyai latar belakang yang sesuai kerana ia bukanlah satu jawatan politik.

"Nurul Izzah Anwar belajar kejuruteraan dan hubungan antarabangsa dan tidak mempunyai latar belakang khusus dalam ekonomi atau kewangan, walaupun tidak diperlukan untuk peranan politik utama seperti menteri, ia menjadi satu kemestian bagi penasihat dan kaunselor," kata Ketua Eksekutifnya Carmelo Ferlito.

Nurul Izzah dalam wawancara dengan The Star beliau dilantik sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri mencetuskan pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, Anwar mempertahankan anak perempuannya itu dengan mengatakan beliau layak untuk memegang jawatan tersebut walaupun tidak mempunyai latar belakang ekonomi.

“Saya pun tiada kelulusan berkaitan kewangan tetapi saya pernah jadi Menteri Kewangan selama lapan tahun (pada 1990-an),” katanya sambil menambah Nurul Izzah tidak akan menerima sebarang gaji.

Bagaimanapun Ferlito berkata persoalan utama ialah "kos sebenar politik" disebabkan oleh dasar yang tidak baik, sambil mengatakan banyak dasar buruk sebelum ini merugikan negara lebih daripada gaji atau rasuah.

Beliau berkata sedikit perhatian ditumpukan untuk merangka dasar ekonomi yang kukuh, memetik kenyataan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli baru-baru ini yang "menunjukkan pemahaman yang lemah tentang teori dan realiti ekonomi".

“Tambahan pula, kenyataan sebegitu hanya berbunyi seperti ceramah dan bukannya cadangan dasar yang praktikal dan boleh dilaksanakan, yang amat diperlukan untuk menangani kemelesetan ekonomi,” kata Ferlito, sambil menegaskan ia sudah mula berlaku sejak pertengahan 2021. 
Beliau berkata kerajaan mengenepikan individu berkebolehan untuk beberapa jawatan Kabinet contohnya bagaimana seorang wakil rakyat seperti Johari Abdul Ghani tidak dilantik sebagai menteri kewangan.

Malah, portfolio perdagangan antarabangsa dan industri diberikan kepada Tengku Zafrul Aziz walaupun kalah dalam pilihan raya.

“Dalam senario inilah perdana menteri melantik salah seorang anak perempuannya, yang baru-baru ini kalah dalam pilihan raya, sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan.

“Pelantikan sebegini bukan sahaja menampakkan seperti nepotisme, tetapi ia juga menjadi punca kebimbangan terhadap masa depan ekonomi negara,” kata CME dalam satu kenyataan.

Nurul Izzah, yang tewas di kerusi Permatang Pauh pada pilihan raya umum baru-baru ini, mendedahkan pelantikannya berkuat kuasa pada 3 Januari lalu.

Beliau berkata pengalamannya sebagai ahli Parlimen akan digunakan sebaik mungkin untuk melakukan libat urus dengan "pakar dalam mengemudi tadbir urus ekonomi, akauntabiliti dan dasar negara".

Nurul Izzah juga berkata beliau sibuk bertemu dengan kumpulan perniagaan dan pihak berkepentingan sebagai sebahagian daripada persediaan untuk belanjawan akan datang yang akan dibentangkan oleh bapa nya - MalaysiaNow


Selain dari kelayakannya yang dipertikai.. kenapa lantikannya pada 3 Januari lalu tidak diumumkan? 



Demikianlah Artikel Kelayakan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Ekonomi Dipersoal..

Sekianlah artikel Kelayakan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Ekonomi Dipersoal.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kelayakan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Ekonomi Dipersoal.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/01/kelayakan-nurul-izzah-sebagai-penasihat.html

Subscribe to receive free email updates: