APA?? Kabinet Anwar Akan Runtuh? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul APA?? Kabinet Anwar Akan Runtuh?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
APA?? Kabinet Anwar Akan Runtuh?link :
APA?? Kabinet Anwar Akan Runtuh?
Baca juga
APA?? Kabinet Anwar Akan Runtuh?
PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) yakin kerajaan perpaduan akan runtuh dengan sendiri kerana sudah menunjukkan tanda mereka berada dalam keadaan tidak stabil apabila tidak berpuas hati sesama komponen.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi PN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, perasaan tidak berpuas hati sesama komponen dalam kerajaan bukan satu lagi rahsia dan ia sememangnya diketahui umum.
Malah, katanya, hubungan yang tidak kuat dan ideologi politik yang tidak sama sesama komponen parti juga menyumbang kepada ketidakstabilan dalam kerajaan.
“Kita lihat UMNO dan DAP tak ngam. Contohnya kita boleh lihat di Dewan Undangan Pulau Pinang, mengapa UMNO sebagai Ketua Pembangkang sedangkan kerajaan campuran Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) itu bersama (di peringkat Persekutuan).
TINJAUAN
“Kedua, boleh merujuk 100 hari Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kerajaan pun sudah ada banyak tidak puas hati dan tinjauan yang diadakan juga menunjukkan lebih 50 peratus pengundi atau rakyat tidak berpuas hati.
“Ketiga, boleh lihat sendiri di Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen sebelah kerajaan pun mengutuk kerajaan, jadi mereka sendiri pun tak stabil, maka PN tak payah buat apa-apa, ia akan runtuh sendiri,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kelmarin, media melaporkan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi mempertahankan Kerajaan Persekutuan akan tumbang dalam masa terdekat sambil menggambarkan tindakan menjatuhkan kerajaan adalah perkara biasa dalam politik.
Menurut Abdul Hadi, PN berhak untuk meneruskan rancangan menumbangkan Kerajaan Perpaduan meskipun ada yang meremehkan perkara itu.
Ahli Parlimen Marang itu juga mempertahankan beliau tidak melangkaui titah Seri Paduka yang mahukan sebuah kerajaan stabil kerana ia bukan sesuatu yang ‘mengikat’ dan menghalang perubahan, selain berhak membuat perancangan.
Malah, akhbar ini semalam juga melaporkan, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan, ramalan kerajaan Persekutuan akan tumbang tidak lama lagi bukan sesuatu yang pelik kerana situasi politik sekarang dianggap tidak stabil.
Beliau mendakwa, sebelum ini wujud pihak yang mencetuskan ketidakstabilan politik sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). –
UTUSAN
Hmmm... boleh percaya ka kata mamat tu?
Demikianlah Artikel APA?? Kabinet Anwar Akan Runtuh?
Sekianlah artikel APA?? Kabinet Anwar Akan Runtuh? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel APA?? Kabinet Anwar Akan Runtuh? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/03/apa-kabinet-anwar-akan-runtuh.html