Pemimpin UMNO Tanya Apa Dah Jadi Dengan UMNO?

Pemimpin UMNO Tanya Apa Dah Jadi Dengan UMNO? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemimpin UMNO Tanya Apa Dah Jadi Dengan UMNO?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemimpin UMNO Tanya Apa Dah Jadi Dengan UMNO?
link : Pemimpin UMNO Tanya Apa Dah Jadi Dengan UMNO?

Baca juga


Pemimpin UMNO Tanya Apa Dah Jadi Dengan UMNO?

KUALA LUMPUR : Isu usul dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan terus menjadi pertikaian termasuklah pemimin parti yang dipecat dan digantung parti sebelum ini.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut mempersoal perkara itu apabila urusan parti melibatkan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution untuk memberi pengecualian terhadap usul tambahan yang ditolak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

“Apa dah jadi dengan UMNO? Sekarang diheret pula Menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri).

“Inilah sebab kita dipecat dan digantung, ‘just in case’ menteri tak bagi pengecualian,” katanya.

Beliau berkata demikian di ruangan komen ciapan Twitter bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin.

Semalam, tersebar surat, difahamkan daripada RoS, memutuskan usul tambahan iaitu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan itu tidak sah.

Saifuddin dalam satu kenyataan kemudiannya memaklumkan, KDN memberi pengecualian kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966, berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Keputusan itu diberi mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntuk menteri boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan dalam Akta Pertubuhan 1966.

Seksyen 13(1)(c)(iv) akta berkenaan pula memperuntuk pendaftar boleh membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan berdaftar yang didapati melanggar secara sengaja mana-mana peruntukan atau peraturan dalam akta itu. – UTUSAN


Demikianlah Artikel Pemimpin UMNO Tanya Apa Dah Jadi Dengan UMNO?

Sekianlah artikel Pemimpin UMNO Tanya Apa Dah Jadi Dengan UMNO? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemimpin UMNO Tanya Apa Dah Jadi Dengan UMNO? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/03/pemimpin-umno-tanya-apa-dah-jadi-dengan.html

Subscribe to receive free email updates: