Wisma Putra Perlu Jawab 'Kesilapan Diplomatik' Lawatan PM Ke Arab Saudi - KJ

Wisma Putra Perlu Jawab 'Kesilapan Diplomatik' Lawatan PM Ke Arab Saudi - KJ - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wisma Putra Perlu Jawab 'Kesilapan Diplomatik' Lawatan PM Ke Arab Saudi - KJ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wisma Putra Perlu Jawab 'Kesilapan Diplomatik' Lawatan PM Ke Arab Saudi - KJ
link : Wisma Putra Perlu Jawab 'Kesilapan Diplomatik' Lawatan PM Ke Arab Saudi - KJ

Baca juga


Wisma Putra Perlu Jawab 'Kesilapan Diplomatik' Lawatan PM Ke Arab Saudi - KJ

KUALA LUMPUR: Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi, dianggap sebagai 'kesilapan diplomatik yang besar' berikutan Perdana Menteri gagal mengadakan pertemuan dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata Perdana Menteri tidak sepatutnya pergi ke Arab Saudi tanpa menetapkan temu janji bersama Raja Salman dan Mohammed bin Salman.

Mengulas lanjut, Khairy yang dipecat dari UMNO pada Januari lalu, berkata sedangkan pertemuan dengan dua pemimpin Arab Saudi itu disifatkan penting untuk negara dari segi geopolitik, hubungan dua hala, diplomatik dan perdagangan.

"Saya setuju dengan pandangan yang dikatakan bahawa ini adalah kesilapan diplomatik yang besar (huge diplomatic blunder).

"Macam manapun alasan dan dikatakan diminta Perdana Menteri tinggal sehari dua lagi, lepas itu jumpa...Perdana Menteri tidak patut pergi ke Arab Saudi kalau tiada ketetapan temujanji dengan Raja Salman dan Putera Mahkota.

"Lainlah kalau ini lawatan peribadi untuk kerjakan ibadat Umrah tapi ini lawatan rasmi, maksudnya pembayar cukai bayar untuk Perdana Menteri pergi ke sana...ia adalah kunjungan untuk berjumpa dengan Raja atau sekurang-kurangnya Putera Mahkota," katanya melalui siaran podcast 'Keluar Sekejap' episod ketujuh bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Anwar dalam lawatan rasmi ke Arab Saudi selama tiga hari, bermula 22 Mac lalu, hanya disambut Gabenor Jeddah, Putera Saud Abdullah Jalawi Al Saud, dengan upacara sambutan rasmi membabitkan kawad statik.

Dalam kenyataan akhbar sebelum lawatan itu, Perdana Menteri dijadualkan menghadap Raja Salman dan Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, di Istana Al-Salam.

Pada masa sama, Khairy berkata, pihaknya juga sudah membaca kenyataan akhbar terbabit dan isu membabitkan soal tarikh itu tidak sepatutnya timbul.

Beliau yang mempunyai pengalaman dalam penyusunan program ke luar negara termasuk membabitkan Perdana Menteri, berkata lawatan itu tidak sepatutnya dibuat sekiranya jadual pertemuan berkenaan tidak dapat dimuktamadkan.

"Lebih-lebih lagi kalau orang tahu mengenai budaya di Arab Saudi, dia (delegasi) tidak akan pergi minggu pertama Ramadan sebab minggu pertama Ramadan memang jadualnya padat.

"Selain tidak boleh melakukan pada saat akhir (lawatan) mungkin mereka (Arab Saudi) sendiri beri isyarat, datang kemudian sebab minggu pertama Ramadan memang padat dan akhirnya ini yang jadi," katanya.

Dalam hal itu, Khairy menganggap Wisma Putra harus bertanggungjawab terhadap isu terbabit yang mana ia tidak boleh dianggap perkara kecil, sebaliknya adalah sesuatu yang amat memalukan.

Katanya, lawatan rasmi membabitkan Perdana Menteri selepas ini perlu dibuat dengan lebih berhati-hati kerana ia membabitkan nama negara.

"Walaupun kita bukan dalam kerajaan namun beliau adalah Perdana Menteri kita, apabila berlaku di luar negara, ia bukan hanya malu kepada Perdana Menteri namun kepada rakyat dan juga kita," katanya.

Khairy turut mengulas mengenai kenyataan seorang Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) iaitu Mohd Sany Hamzah yang mempertikaikan mengenai manfaat rakyat Malaysia, sekiranya Perdana Menteri dapat memasuki Kaabah.

Beliau menegaskan, sekiranya Perdana Menteri dapat memasuki Kaabah, ia adalah satu pengiktirafan bahawa pemimpin negara adalah tetamu Raja Arab Saudi.

"Itu bukan tujuannya...beliau cuba serang balik agaknya sebab rasa malu...kalau dapat masuk Kaabah itu satu pengiktirafan bahawa anda adalah tetamu Raja...maksudnya darjat pengunjung atau Perdana Menteri sangat tinggi," katanya.

Beliau berkata, Arab Saudi adalah salah satu daripada hubungan diplomatik yang sangat penting bagi negara dan ia bukan hanya berkaitan soal kuota haji.

"Ramai orang kata pergi Arab Saudi nak selesaikan kuota haji dan sebagainya...tapi kalau kita lihat dari segi geopolitik, peranan yang dimainkan Arab Saudi sangat penting, mungkin lebih penting dari Turkiye.

"Selain itu banyak peluang perniagaan dan pelaburan lebih-lebih lagi dengan projek bandar futuristik, NEOM dan sebagainya yang boleh membabitkan syarikat dari Malaysia tapi akhirnya ia tidak berlaku," katanya - BH


Demikianlah Artikel Wisma Putra Perlu Jawab 'Kesilapan Diplomatik' Lawatan PM Ke Arab Saudi - KJ

Sekianlah artikel Wisma Putra Perlu Jawab 'Kesilapan Diplomatik' Lawatan PM Ke Arab Saudi - KJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wisma Putra Perlu Jawab 'Kesilapan Diplomatik' Lawatan PM Ke Arab Saudi - KJ dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/03/wisma-putra-perlu-jawab-kesilapan.html

Subscribe to receive free email updates: