Keluar Dewan? Wayang Apa Ni YB?

Keluar Dewan? Wayang Apa Ni YB? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keluar Dewan? Wayang Apa Ni YB?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keluar Dewan? Wayang Apa Ni YB?
link : Keluar Dewan? Wayang Apa Ni YB?

Baca juga


Keluar Dewan? Wayang Apa Ni YB?

Awalnya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamil (PN-Machang) berdiri pada awal persidangan sesi membacakan aturan mesyuarat yang memaklumkan bahawa usulnya membahaskan isu tersebut ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat.

Pun begitu dia menggesa agar usul tersebut tetap diizinkan untuk dibahaskan kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

“Tuan yang dipertua, saya telah menerima jawapan balas daripada pejabat Tuan Dipertua Dewan Rakyat berhubung usul yang saya hantar pada Jumaat lalu.

"Malangnya, pada pagi ini saya lihat usul ini telah ditolak dengan alasan bahawasanya timbalan menteri dan menteri kewangan telah menjelaskan berkenaan pengeluaran bersasar KWSP ini.

“Tapi saya dapat banyak pandangan dan komplen keresahan daripada rakyat bahawasanya penjelasan daripada kedua-duanya tak memuaskan mereka, jadi izinkanlah untuk kami bahaskan perkara ini hari ini… berbaki dua hari lagi (sidang Dewan Rakyat), sebelum kita tamat sesi sidang parlimen hari ini.

"Bolehkah ia dipertimbangkan kepentingan orang ramai yang perlukan pengeluaran KWSP bersasar pada kali ini? Mohon pertimbangkan,” katanya.

Lau bagaimanapun bertegas dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul dan meminta Wan Ahmad Fayhsal menghantar usul berkenaan sekali lagi sekiranya tidak berpuas hati.

Didesak berkali-kali oleh ahli parlimen lain termasuk Awang Hashim (PN-Pendang) dan Shahidan Kassim (PN-Arau), Lau tetap bertegas dengan keputusan tersebut.

Ia mendorong ahli parlimen PN mengancam untuk meninggalkan dewan sebagai tanda protes.

"Kalau begitu caranya, saya fikir kami di sini mahu juga perkara ini dibahaskan. Kalau tak mahu dibahaskan kami boleh keluar untuk menunjukkan bahawa kami protes dalam perkara ini," kata ketua pembangkang, Hamzah Zainudin.

"Silakan," kata Lau dilaporkan oleh Malaysiakini

Rentetan dari itu Ahli Parlimen PN pun keluarlah beramai-ramai dari Dewan Rakyat sebagai tanda protes.. tapi kemudiannya depa masuk balik.. ha.. ha.. ha.. wayang apa ni?


Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) blok pembangkang didakwa melakukan 'sandiwara' apabila bertindak keluar Dewan Rakyat selama 15 minit selepas usul dikemukakan mengenai pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditolak Speaker.

Ketika pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2023 dibacakan Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong, Ahli Parlimen PN terbabit tiba-tiba bertindak memasuki semula dewan.

"Selamat pulang kembali barisan pembangkang yang baru masuk ke dewan," kata Steven.

Ia kemudian disambut sahutan daripada Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang mendakwa apa yang dilakukan blok pembangkang adalah sandiwara yang cukup hebat.

Selepas selesai pembentangan, RSN Rayer (PH-Jelutong) kemudian bangkit meluahkan ketidakpuasan hati dan mahu Timbalan Yang Dipertua, Alice Lau Kiong melakukan sesuatu.

"Tindakan YB (Yang Berhormat) pembangkang sebelah sana membangkitkan isu pengeluaran KWSP dan selepas itu keluar dewan dan sekarang kembali ke dewan, adakah ia sesuatu dilakukan semata-mata satu sandiwara," katanya.

Bagaimanapun, Alice menegaskan tindakan ahli parlimen blok pembangkang keluar dewan adalah hak masing-masing.

"Itu hak mereka, sila duduk, cukup-cukup.

"Jangan bazir masa, itu hak mereka mahu keluar masuk, biar mereka," katanya.

Laporan penuh sila baca di SINI


Demikianlah Artikel Keluar Dewan? Wayang Apa Ni YB?

Sekianlah artikel Keluar Dewan? Wayang Apa Ni YB? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keluar Dewan? Wayang Apa Ni YB? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/04/keluar-dewan-wayang-apa-ni-yb.html

Subscribe to receive free email updates: