Kes Pecah Amanah RM6.6Billion Najib Diarah Tangguh

Kes Pecah Amanah RM6.6Billion Najib Diarah Tangguh - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Pecah Amanah RM6.6Billion Najib Diarah Tangguh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Pecah Amanah RM6.6Billion Najib Diarah Tangguh
link : Kes Pecah Amanah RM6.6Billion Najib Diarah Tangguh

Baca juga


Kes Pecah Amanah RM6.6Billion Najib Diarah Tangguh

KUALA LUMPUR: Kes pecah amanah harta kerajaan berjumlah RM 6.6 bilion melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah ditangguhkan ke Mei ini.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, beliau telah menerima arahan daripada Peguam Negara (AG) untuk menangguhkan perbicaraan kes berkenaan bagi membolehkan surat representasi kedua daripada Mohd. Irwan diteliti dan diputuskan.

“Surat representasi telah dirujuk kepada Peguam Negara dan saya telah diarahkan oleh beliau (Tan Sri Idrus Harun) untuk memohon penangguhan sehingga keputusan mengenai representasi itu diputuskan.

“Selain itu, terdapat beberapa isu yang ditimbulkan di dalam surat berkenaan yang mana pihak pendakwaan perlu membuat pengesahan mengenai isu baharu itu terlebih dahulu,”katanya.

Kes pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) sepatutnya mula dibicarakan hari ini di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Najib dan Mohd. Irwan Serigar didakwa pada 24 Oktober 2018 dan masing-masing mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah pecah amanah tersebut.

Sementara itu, peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan akan menghantar representasi baharu bagi memohon pertuduhan-pertuduhan terhadap Najib digugurkan memandangkan terdapat perkembangan terbaharu.

Ujarnya, terdapat perbincangan di antara kerajaan Malaysia dengan IPIC membabitkan dana yang menjadi subjek utama pertuduhan.

Pada 27 Februari 2023, Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan 1MDB sudah mencapai satu penyelesaian mengenai pertikaian mereka dengan IPIC dan Aabar PJS mengenai prosiding undang-undang di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London (LCIA) dan Mahkamah Tinggi London.

Menurut Kementerian Kewangan, IPIC dan Aabar PJS dari Abu Dhabi telah bersetuju untuk membayar AS$1.8 bilion (kira-kira RM8.06 bilion) kepada MKD dan 1MDB.

Peguam bela, Datuk K. Kumaraendran yang mewakili Mohd. Irwan memaklumkan pihaknya telah menghantar representasi kira-kira tiga tahun lalu tetapi masih tidak mendapat sebarang jawapan menyebabkan beliau menghantar representasi kedua bulan lalu.

“Kami memohon tarikh sebutan singkat dan berharap pihak pendakwaan akan memaklumkan kepada kami hasil representasi tersebut.

Hakim Muhammad Jamil kemudian menetapkan 29 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi mengetahui status representasi kedua-dua tertuduh.

Najib dan Mohd. Irwan didakwa melakukan pecah amanah tersebut di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan - Utusan


Demikianlah Artikel Kes Pecah Amanah RM6.6Billion Najib Diarah Tangguh

Sekianlah artikel Kes Pecah Amanah RM6.6Billion Najib Diarah Tangguh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Pecah Amanah RM6.6Billion Najib Diarah Tangguh dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/04/kes-pecah-amanah-rm66billion-najib.html

Subscribe to receive free email updates: