Gelombang Shahidan Akan Melanda Selangor! Habisla PH..

Gelombang Shahidan Akan Melanda Selangor! Habisla PH.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gelombang Shahidan Akan Melanda Selangor! Habisla PH.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gelombang Shahidan Akan Melanda Selangor! Habisla PH..
link : Gelombang Shahidan Akan Melanda Selangor! Habisla PH..

Baca juga


Gelombang Shahidan Akan Melanda Selangor! Habisla PH..

ARAU: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim memberi bayangan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada pertengahan tahun ini.

Tokoh politik berusia 71 tahun itu bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ingin ditandinginya sekiranya dipilih meskipun terdapat desas-desus politik bahawa beliau dijangka akan 'turun' bertanding di DUN Semenyih, Selangor.

"Kalau (pucuk pimpinan) Perikatan Nasional (PN) memerlukan saya bertanding, saya akan lawan tetapi PN mesti kuasai semua negeri ini (Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan) dan jika sumbangan saya dapat mewujudkan gelombang yang 'dahsyat' apa salahnya.

"Namun begitu, sekiranya saya bertanding pun, bukan niat saya hendak pegang jawatan tetapi niat hendak pastikan PN menang, terus terang saya katakan bahawa, saya tak perlu berebut jawatan dengan siapa kerana satu ketika, saya sendiri pernah menjadi pemimpin besar," katanya ketika ditemui semasa melakukan pemeriksaan persiapan Majlis Rumah Terbuka Bersama Ahli Parlimen Arau Bersama Perpaduan Ummah Malaysia di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Arau, Kubang Gajah, di sini, hari ini.

Pada masa sama, katanya, terdapat juga sokongan ahli politik berpengaruh seperti bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang dipecat UMNO sangat diperlukan pihaknya dalam memberi moral kepada kemenangan PN kelak.

"Yang penting saya sendiri akan menggalakkan Noh atau KJ atau sesiapa sahaja bukan untuk bertanding tetapi menyokong kami (PN) terlebih dahulu kerana saya akan ajak mereka sama.

"Dari dahulu mereka kata nak bersama saya tetapi atas sebab tertentu mereka tidak dapat bersama, malah KJ pun pernah bertanding di Selangor namun sekiranya mereka hendak bertanding juga, terpulang tetapi harus pastikan PN tetap terbaik pada akhirnya," katanya.

Sekiranya Shahidan bertanding pada PRN nanti, ia adalah percubaan pertama bekas Menteri Besar Perlis untuk bertanding di luar Perlis selepas pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Perlis selama empat penggal bermula dari 1995 sehingga 2008.

Untuk rekod bagi Parlimen pula, Shahidan yang pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Wilayah Persekutuan menjadi Ahli Parlimen Arau sejak 1986 dengan memenanginya bersama dengan Barisan Nasional (BN) sebelum mengubah haluannya bersama PN pada PRU lalu - BH


Demikianlah Artikel Gelombang Shahidan Akan Melanda Selangor! Habisla PH..

Sekianlah artikel Gelombang Shahidan Akan Melanda Selangor! Habisla PH.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gelombang Shahidan Akan Melanda Selangor! Habisla PH.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/04/gelombang-shahidan-akan-melanda.html

Subscribe to receive free email updates: