Ini Adalah 10 Berita Gembira Buat Guru-guru Sempena Hari Guru..

Ini Adalah 10 Berita Gembira Buat Guru-guru Sempena Hari Guru.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ini Adalah 10 Berita Gembira Buat Guru-guru Sempena Hari Guru.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ini Adalah 10 Berita Gembira Buat Guru-guru Sempena Hari Guru..
link : Ini Adalah 10 Berita Gembira Buat Guru-guru Sempena Hari Guru..

Baca juga


Ini Adalah 10 Berita Gembira Buat Guru-guru Sempena Hari Guru..

Sambutan Hari Guru tahun ini pastinya menjadi satu kenangan manis kepada seluruh warga pendidik apabila mereka menerima 10 berita baik daripada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Pengumuman yang dibuat sempena Sambutan Hari Guru 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka pada Selasa menyaksikan 10 inisiatif itu dapat membantu mengurangkan kos sara hidup, merancakkan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan negara.

Berikut disenaraikan 10 prakarsa yang diumumkan Menteri Pendidikan

1) Penambahbaikan surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2022: Lawatan murid sekolah semasa hari persekolahan diberikan dua kali dalam setahun bagi setiap murid.

2) Peluasan Sekolah Komprehensif K9: Pertambahan 10 buah sekolah dalam usaha mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalaman dan Orang Asli.

3) Peluasan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK): Perluasan SBJK ke negeri Sabah untuk memberi akses pendidikan kepada semua murid.

4) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP): Pengambilan guru diperluaskan kepada graduan berpotensi tinggi dari universiti swasta dan universiti luar negara bagi mata pelajaran kritikal.

5) Baju korporat rasmi KPM: KPM memberi kelonggaran kepada guru memakai baju korporat bagi memberi keselesaan semasa bertugas.

6) Sumbangan Hari Guru: KPM memansuhkan sebarang kutipan sumbangan daripada guru bagi tujuan majlis Hari Guru.

7) Kumpulan Guru Insani Malaysia: KPM akan memperluas penglibatan semua guru termasuklah pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) sebagai Guru Insani Malaysia.

8) Yayaysan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO): Mempertingkatkan peranan YGTHO dalam meningkatkan profesionalisme guru dan menjaga kebajikan guru.

9) Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0: Penyertaan guru dalam SGM 2.0 melalui SGMy diiktiraf dan dianugerahkan mata kredit dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM).

10) Program Cuti-Cuti Cikgu: KPM dengan kerjasama rakan strategik menyediakan peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-Cuti Cikgu mampu milik.

Dengan berita baik ini, diharap ia mampu memberikan keceriaan dan kegembiraan kepada guru-guru di negara ini.

Sebelum itu, sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-52 yang bertemakan 'Guru Insani Pemangkin Generasi Madani' telah dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di MITC pada Selasa.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Fadhlina dan beberapa pegawai kanan KPM.

Beberapa program telah diadakan bersempena Hari Guru tahun ini antaranya program Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald's 2023, majlis makan malam anjuran kerajaan negeri dan penyampaian beberapa Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan - Sinar Bestari


Demikianlah Artikel Ini Adalah 10 Berita Gembira Buat Guru-guru Sempena Hari Guru..

Sekianlah artikel Ini Adalah 10 Berita Gembira Buat Guru-guru Sempena Hari Guru.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ini Adalah 10 Berita Gembira Buat Guru-guru Sempena Hari Guru.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/05/ini-adalah-10-berita-gembira-buat-guru.html

Subscribe to receive free email updates: