PAS Akan Kalah Di Kedah?

PAS Akan Kalah Di Kedah? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Akan Kalah Di Kedah?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Akan Kalah Di Kedah?
link : PAS Akan Kalah Di Kedah?

Baca juga


PAS Akan Kalah Di Kedah?

PETALING JAYA: Pentadbiran Kedah mampu bertukar tangan kerana PAS bukan parti dominan di negeri itu, kata Ketua Umno Kedah Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, Kedah yang pernah menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) tidak boleh disamakan dengan corak sokongan pengundi di negeri pantai timur, terutama Kelantan yang jelas pro kepada PAS.

“Kedah tidak semestinya tempat PAS, dulu Kedah adalah kubu kuat BN, ada pernah PAS pernah menang dan pernah juga kalah, jadi ia bukanlah negeri di mana PAS dominan seumpama di Kelantan,” katanya kepada FMT.

Menjelang PRN, beliau yang juga pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah berkata, BN bakal mengemukakn nama calon dalam masa terdekat selepas rundingan pengagihan kerusi antara parti dalam kerajaan perpaduan.

Katanya, rundingan semua parti yang terlibat itu dilihat positif dan BN Kedah kini dalam fasa akhir memuktamadkan nama calon sebelum dibawa ke pucuk pimpinan.

“Kita sedang menuju ke arah persediaan, Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan kemukakan nama calon,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas ucapan menteri besar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Sanusi Md Nor, yang mendakwa “jeneral-jeneral BN sudah keluar” dan gabungan itu tidak mempunyai jentera besar, Mahdzir berkata BN tidak terkesan dengan kenyataan tersebut.

“Dia (Sanusi) sahaja dalam dunia yang amat berhormat. Kita semua kecil-kecil, yang besar itu dia sajalah.”

Terdahulu, dalam ucapan pada majlis Aidilfitri anjuran PAS di Selangor pada Ahad, Sanusi mendakwa BN kini sekadar mempunyai ‘jentera-jentera kecil’ yang menunggu masa untuk “hanyut”.


Demikianlah Artikel PAS Akan Kalah Di Kedah?

Sekianlah artikel PAS Akan Kalah Di Kedah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Akan Kalah Di Kedah? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/05/pas-akan-kalah-di-kedah.html

Subscribe to receive free email updates: