Simen Rahmah: Siapa Kerajaan Nak Bantu Sebenarnya?

Simen Rahmah: Siapa Kerajaan Nak Bantu Sebenarnya? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Simen Rahmah: Siapa Kerajaan Nak Bantu Sebenarnya?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Simen Rahmah: Siapa Kerajaan Nak Bantu Sebenarnya?
link : Simen Rahmah: Siapa Kerajaan Nak Bantu Sebenarnya?

Baca juga


Simen Rahmah: Siapa Kerajaan Nak Bantu Sebenarnya?

KUANTAN: Inisiatif Skim Simen Rahmah hanya menguntungkan syarikat besar sektor pembinaan dan pemaju perumahan sedangkan kontraktor kecil bumiputera terutama Kelas F atau G1 terus terbeban dengan kenaikan harga bahan binaan utama tersebut yang seolah-olah tiada kawalan dari kerajaan.

Harga simen pada ketika ini berbeza mengikut kedai menjual bahan-bahan binaan antara RM22.50 hingga RM24 setiap beg seberat 50 kilogram.

Kontraktor Kelas F melaksanakan kerja di bawah RM200,000 dan lesen bagi kelas tersebut dikhususkan kepada kontraktor bumiputera.

Antara skop kerja kontraktor Kelas F melaksanakan projek-projek kecil ditawarkan kerajaan yang diperoleh secara undian seperti baik pulih rumah akibat banjir, baik pulih jalan, projek pengairan dan saliran serta cerun.

Bercakap kepada Media, Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (Perkobf Malaysia) Pahang, Norhamila Mohd. Datar berkata, inisiatif Skim Simen Rahmah langsung tidak membantu golongan kontraktor kecil khususnya kelas F apabila 60 peratus daripada keseluruhan 50,000 kontraktor bumiputera itu sedang ‘sakit’ dan berdepan risiko gulang tikar.

Katanya, selain harga simen yang terus melonjak naik dan tiada kawalan, golongan kontraktor berkenaan turut berdepan isu tawaran projek yang terlalu sedikit bawah 200 berbanding sebelum ini mencecah 600 projek untuk diagihkan kepada setiap negeri pada setiap tahun.

“Harga simen yang merupakan salah satu daripada Barang Kawalan Berjadual, melonjak naik sehingga 30 peratus iaitu daripada RM18 setiap beg seberat 50 kilogram kepada RM22.50 bulan ini. Ada kedai ‘hardware’ jual sehingga RM24.

“Apabila harga simen yang merupakan bahan asas pembinaan terus meningkat, harga bahan binaan lain yang menggunakan simen seperti, konkrit, bumbung dan longkang juga akan turut naik.

“Jadi apabila kerajaan buat skim ini (Simen Rahmah) yang untung hanya ‘jerung besar’ sektor pembinaan dan pemaju perumahan, kontraktor kecil seperti kelas F yang tidak terlibat dengan sektor perumahan terus terbeban dan susah. Sedangkan kami juga perlu guna simen yang merupakan bahan asas utama pembinaan,” katanya di sini semalam.

Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dilaporkan berkata, sebanyak satu juta tan metrik simen pukal ditawarkan oleh Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) di bawah Inisiatif Skim Simen Rahmah.

Kor Ming berkata, harga setiap tan metrik simen yang ditawarkan ialah RM290 berbanding harga pasaran semasa iaitu RM410 setiap tan.

Satu beg simen berharga RM22.50 pada masa ini dan harganya berkurangan sebanyak 22.2 peratus kepada RM17.50.

Sebanyak 20 juta beg simen akan dibekalkan secara berperingkat kepada pemaju perumahan swasta yang membina unit mampu milik untuk tempoh maksimum empat tahun sehingga 30 Jun 2028.

Mengulas lanjut, Norhamila berharap kerajaan mengawal dan menyelaras harga simen supaya kontraktor dapat membeli bahan binaan asas ini mengikut harga semasa.

Beliau berkata, selain pemantauan berterusan, kerajaan juga perlu menetapkan harga siling bahan binaan asas itu bagi membantu kontraktor kecil yang terbeban dengan kenaikan harga tinggi ini.

“Berbeza dengan kontraktor besar yang mungkin mampu membeli banyak, sekali gus dapat menikmati harga istimewa, kontraktor kecil hanya membeli barang diperlukan apabila ada projek dan biasanya diperoleh dalam kuantiti sedikit.

“Kami terpaksa membeli pada harga pasaran dan bukan pada harga istimewa. Jadi, kami berharap ada pihak mengambil berat perkara ini dan cuba membantu mengatasi kenaikan harga bahan binaan yang tidak selesai sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata, kenaikan harga bahan asas binaan khususnya simen yang tidak stabil ketika ini begitu membebankan kontraktor kecil tidak seperti ‘jerung besar’ yang terus menerima manfaat dari kerajaan.

“Harga simen naik dengan tidak menentu seolah-olah pihak berwajib tidak mengawal atau memantau keadaan tersebut,” katanya. -UTUSAN


Demikianlah Artikel Simen Rahmah: Siapa Kerajaan Nak Bantu Sebenarnya?

Sekianlah artikel Simen Rahmah: Siapa Kerajaan Nak Bantu Sebenarnya? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Simen Rahmah: Siapa Kerajaan Nak Bantu Sebenarnya? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/05/simen-rahmah-siapa-kerajaan-nak-bantu.html

Subscribe to receive free email updates: