Tak Mustahil PN Menang 80% Undi?

Tak Mustahil PN Menang 80% Undi? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak Mustahil PN Menang 80% Undi?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak Mustahil PN Menang 80% Undi?
link : Tak Mustahil PN Menang 80% Undi?

Baca juga


Tak Mustahil PN Menang 80% Undi?

PETALING JAYA: Sasaran Perikatan Nasional (PN) untuk memenangi 80% undi pada PRN akan datang mungkin realistik, kerana imej Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dicemari Umno, menurut seorang penganalisis politik.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia berkata, walaupun reputasi peribadi Anwar semakin bagus dalam kalangan pengundi Melayu, imejnya masih dicemarkan oleh rakan kongsi dalam gabungannya.

Umno menjadi rakan kongsi dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar menerusi Barisan Nasional (BN).

“Anwar mempunyai karisma dan rekod prestasi yang menunjukkan integriti, tetapi perkara yang sama tidak boleh dikatakan bagi rakan kongsinya dalam kerajaan perpaduan, terutamanya Umno,” kata Fauzi kepada FMT.

Justeru, katanya, dakwaan pengerusi PN Muhyiddin Yassin bahawa gabungan itu boleh memenangi sehingga 80% undi pada peringkat negeri, terutamanya undi orang Melayu, adalah realistik.

“Bukan tidak munasabah, tetapi PN perlu berhati-hati dengan usaha kerajaan untuk menambah baik kedudukannya, walaupun (kadarnya) sangat perlahan.

“(Usaha itu) tidak cukup pantas untuk membawa kesan pada PRN, tetapi perjuangan sebenar adalah PRU akan datang,” kata Fauzi.

Muhyiddin memetik kajian PN yang menunjukkan bahawa rakan-rakan kongsi dalam gabungan itu – Bersatu, PAS dan Gerakan – mendahului pesaing politik mereka dari segi populariti dan kepimpinan.

Ahli sains politik James Chin daripada Universiti Tasmania berkata, keyakinan Muhyiddin tidak tersasar, mengambil kira prestasi PN sebelum ini di Kelantan dan Terengganu.

“Pada PRU15, mereka menyapu bersih (kerusi di) Kelantan dan Terengganu, pada dasarnya seluruh negeri, di peringkat Parlimen,” kata Chin kepada FMT.

“Jadi, jika gabungan itu boleh mengekalkan sasaran itu atau jumlah undi, (gabungan) itu patut tidak akan berdepan sebarang masalah.

“Kemenangan besar di Kelantan dan Terengganu (boleh dijangka).”

Bagaimanapun, katanya, peluang PN di Kedah dan Negeri Sembilan dijangka 50-50. Perkara itu masih terlalu awal, katanya, untuk dikatakan kerana kedua-dua pihak masih berkempen.

“Di Pulau Pinang dan Selangor, PN masih ketinggalan, disebabkan majoriti besar (PH). Saya sangat ragu-ragu PN boleh menawan negeri-negeri ini melainkan sesuatu berlaku semasa kempen,” katanya.

Kalimah ‘Allah’, Coldplay dan Proklamasi Orang Melayu

Chin berkata, pembangkang akan memainkan dua isu besar dalam kempen pilihan raya, iaitu kontroversi mengenai orang bukan Islam menggunakan kalimah “Allah”, dan kelulusan mengadakan konsert Coldplay.

“Kedua-dua isu ini mudah dimanipulasi kerana mereka hanya perlu mendakwa Islam dipinggirkan. Tidak perlu beri sebarang alasan, hanya salahkan kerajaan, iaitu PH dan Umno. Jadi ini sesuatu yang mudah untuk dilakukan,” katanya.

Fauzi juga berkata, Proklamasi Orang Melayu anjuran Dr Mahathir Mohamad tidak akan membawa impak yang besar pada Anwar kerana keabsahan bekas perdana menteri itu dalam kalangan orang Melayu telah terjejas - FMT


Demikianlah Artikel Tak Mustahil PN Menang 80% Undi?

Sekianlah artikel Tak Mustahil PN Menang 80% Undi? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak Mustahil PN Menang 80% Undi? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/05/tak-mustahil-pn-menang-80-undi.html

Subscribe to receive free email updates: