Gagal Di Sukan SEA Satu Peringatan Buat Kerajaan?

Gagal Di Sukan SEA Satu Peringatan Buat Kerajaan? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gagal Di Sukan SEA Satu Peringatan Buat Kerajaan?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gagal Di Sukan SEA Satu Peringatan Buat Kerajaan?
link : Gagal Di Sukan SEA Satu Peringatan Buat Kerajaan?

Baca juga


Gagal Di Sukan SEA Satu Peringatan Buat Kerajaan?

KUALA LUMPUR: Ketidakstabilan politik negara sejak lima tahun lalu yang didakwa turut menjadi punca Malaysia gagal mencapai sasaran 40 pingat emas di pentas Sukan SEA Kemboja adalah satu peringatan kepada kerajaan yang mentadbir ketika ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli berkata, ketidakstabilan politik negara sebenarnya bukan terpakai kepada kementerian diterajuinya sahaja, malah ia terkait dengan kementerian-kementerian lain.

Beliau turut mempertahan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bahawa kegagalan Malaysia dalam sukan berprestij itu kerana situasi politik yang tidak stabil akibat dasar-dasar kerajaan yang tidak menentu.

“Saya berpandangan ketidakstabilan politik ini terguna pakai kepada semua politik yang me­nerajui mana-mana kementerian. Kenyataan Hannah ini juga adalah peringatan kepada kerajaan sekarang juga.

“Jadi, sekarang kita harus pastikan apa yang kita mahu lakukan, kalau mau sampai satu sasaran maka perlu konsisten. Sebab itu itu kita ambil pendekatan seperti program Road to Gold pada temasya Sukan Olimpik nanti, daripada menteri sahaja yang mengepalainya, kita akan libatkan Majlis Olimpik Malaysia.

“Sekiranya ada apa-apa berlaku yang melibatkan menteri, MOM masih boleh menerajui­nya dan tidak memberi kesan kepada sukan-sukan yang terlibat,” katanya ketika ditemui di ruang legar bangunan Parlimen di sini, semalam.

Semasa sidang akhbar rangkuman prestasi kontinjen Ma­laysia di Sukan SEA Kemboja baru-baru ini, Hannah memberi­tahu kegagalan kontinjen negara di pentas Sukan SEA Kemboja turut berkait dengan ketidakstabilan politik negara yang menyaksikan perancangan dan persiapan atlet terjejas.

Hannah berkata, sebaiknya sukan perlu dijauhkan daripada politik bagi memastikan tetapan semula yang ingin dilakukan dalam sektor itu dapat memberikan impak besar.

Menyelar dakwaan Hannah, Timbalan Pengerusi Biro Komunikasi dan Diplomasi Antarabangsa MCA, Neow Choo Seong berkata, beliau cuba ‘menegakkan benang basah’. Ini kerana, hakikatnya, dunia melihat kedudukan Malaysia pada Sukan SEA kali ini terburuk dalam sejarah.

Malaysia menghuni kedudukan ketujuh dalam senarai kutipan pingat Sukan SEA 2023 setelah mengumpul 34 emas, 45 perak dan 96 gangsa.

Dalam sejarah Sukan SEA, kutipan pingat terbesar kontinjen negara biasanya hadir daripada sukan olahraga dan renang, tetapi sejak beberapa temasya dan yang terbaru di Kemboja, kedua-dua sukan tersebut gagal berbuat demikian.

Sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018 yang menyaksikan perubahan besar berlaku dalam landskap politik negara, Kementerian Belia dan Sukan telah bertukar empat menteri.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil alih tugas daripada Khairy Jamaluddin dari 2 Julai hingga 24 Februari 2022.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik sebagai menteri dari 10 Mac 2020 sehingga 16 Ogos 2021 sebelum diganti oleh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (30 Ogos 2021-10 Oktober 2022) dan kini Hannah, yang menggalas tugas sejak 3 Disember lalu. – UTUSAN


Demikianlah Artikel Gagal Di Sukan SEA Satu Peringatan Buat Kerajaan?

Sekianlah artikel Gagal Di Sukan SEA Satu Peringatan Buat Kerajaan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gagal Di Sukan SEA Satu Peringatan Buat Kerajaan? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/05/gagal-di-sukan-sea-satu-peringatan-buat.html

Subscribe to receive free email updates: