Adham Baba Rupanya.. Ingatkan Kerja Khairy.. - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adham Baba Rupanya.. Ingatkan Kerja Khairy.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Adham Baba Rupanya.. Ingatkan Kerja Khairy..link :
Adham Baba Rupanya.. Ingatkan Kerja Khairy..
Adham Baba Rupanya.. Ingatkan Kerja Khairy..

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan, Datuk Seri Dr. Adham Baba merupakan individu yang bertanggungjawab dalam perolehan sebahagian besar ventilator rosak diterima Kementerian Kesihatan (KKM) semasa menjawat jawatan menteri pada 2020.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata demikian dalam sidang media bersama ahli-ahli PAC di Parlimen hari ini.
“Memang semua sudah sedia maklum, ini berlaku sewaktu menteri (kesihatan) Dr. Adham Baba.
“Yang Berhormat (YB) KJ (Khairy Jamaluddin) pun sudah bagi kenyataan menafikan perolehan peralatan ventilator bukan dibuat ketika beliau menjawat jawatan berkenaan,” katanya.
Adham dilantik sebagai Menteri Kesihatan era Perikatan Nasional (PN) di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2020.
Selepas berlaku peralihan tampuk pimpinan Kerajaan Persekutuan yang membawa kepada pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan, Adham bertukar portfolio dengan Khairy yang ketika itu menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Semalam, Khairy dilaporkan menegaskan perolehan ventilator dibuat oleh kerajaan dalam usaha menangani wabak Covid-19 bukan dibuat semasa beliau menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Kesihatan.
Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, pembelian peralatan perubatan tersebut dibuat oleh menteri sebelumnya iaitu pada tahun 2020.
Dalam laporan PAC menyaksikan kerajaan kerugian RM505 juta akibat 8.5 juta dos vaksin Covid-19 tamat tarikh luput yang berpunca daripada kurang permintaan dan kelewatan negara menerima vaksin tersebut.
PAC turut mendapati kerajaan tidak boleh mendapatkan ganti rugi terhadap perolehan 104 daripada 136 ventilator rosak yang diterima KKM pada tahun 2020.
Selain itu, laporan PAC turut mendedahkan berlaku lebihan bekalan PPE dipesan selain kira-kira 850,000 penutup but bernilai RM927,000 akan mencapai tarikh luputnya menjelang akhir 2024.
Selain itu, tiada perjanjian bertulis dimeterai antara KKM dan syarikat pembekalan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB) dan perbincangan, penilaian serta keputusan berhubung perolehan ventilator terpaksa dilaksanakan di luar kebiasaan, iaitu melalui aplikasi WhatsApp.
PLSB diarah membuat keputusan pembayaran pendahuluan bagi mendapatkan ventilator walaupun syarikat berkenaan tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam perolehan peralatan perubatan seperti itu.
Pada 16 Februari lalu, menurut siri kedua Laporan Ketua Audit Negara 2021, KKM memesan 136 ventilator berharga RM20.1 juta melalui peruntukan darurat.
Bagaimanapun didapati ada antara alat berkenaan rosak. Bagaimanapun, dalam situasi seperti itu, PAC tidak menyalah KKM semata-mata kerana apa yang berlaku ketika itu kritikal.-UTUSAN
Demikianlah Artikel Adham Baba Rupanya.. Ingatkan Kerja Khairy..
Sekianlah artikel Adham Baba Rupanya.. Ingatkan Kerja Khairy.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Adham Baba Rupanya.. Ingatkan Kerja Khairy.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/11/adham-baba-rupanya-ingatkan-kerja-khairy.html