Kibar Bendera Israel, Lelaki Dipenjara 6 Bulan

Kibar Bendera Israel, Lelaki Dipenjara 6 Bulan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kibar Bendera Israel, Lelaki Dipenjara 6 Bulan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kibar Bendera Israel, Lelaki Dipenjara 6 Bulan
link : Kibar Bendera Israel, Lelaki Dipenjara 6 Bulan

Baca juga


Kibar Bendera Israel, Lelaki Dipenjara 6 Bulan

PETALING JAYA: Seorang lelaki dihukum penjara enam bulan dan didenda RM500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Marang di Terengganu atas kesalahan mengibar bendera Israel pada Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli, lapor Harian Metro.

Zur Azureen juga mengarahkan Harma dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Hukuman tersebut akan berjalan selepas tertuduh yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan berasingan berkaitan dadah selesai menjalani hukuman.

Harma pada bulan lalu dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan atas kesalahan dadah tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, Harma didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Okt lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan - FMT


Demikianlah Artikel Kibar Bendera Israel, Lelaki Dipenjara 6 Bulan

Sekianlah artikel Kibar Bendera Israel, Lelaki Dipenjara 6 Bulan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kibar Bendera Israel, Lelaki Dipenjara 6 Bulan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/11/kibar-bendera-israel-lelaki-dipenjara-6.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :