Sanusi Tak Hingin Jadi PM.. Tapi..

Sanusi Tak Hingin Jadi PM.. Tapi.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sanusi Tak Hingin Jadi PM.. Tapi.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sanusi Tak Hingin Jadi PM.. Tapi..
link : Sanusi Tak Hingin Jadi PM.. Tapi..

Baca juga


Sanusi Tak Hingin Jadi PM.. Tapi..

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pernah bercita-cita menjadi Perdana Menteri, malah perkara itu tidak pernah terlintas di fikirannya.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata, menjadi Perdana Menteri bukan sasarannya dalam bidang politik.

"Saya tak boleh letak sasaran dan saya tak ada angan-angan. Allah yang mengirimkan saya ke sini, sama dengan pemimpin lain, kalau mereka pergi lebih jauh itu serah kepada jemaah parti.

"Saya tak ada cita-cita (jadi Perdana Menteri), tapi kalau diberi amanah oleh kepimpinan di mana saja saya akan cuba untuk parti, untuk jemaah, untuk orang ramai. Tapi untuk diri saya tak ada," katanya ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin bahawa parti itu mempunyai ramai calon Perdana Menteri seperti Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden PAS, Datuk Seri Idris Ahmad dan beberapa kepemimpinan muda termasuk Muhammad Sanusi.

Muhammad Sanusi yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, jawatan Perdana Menteri berkemungkinan boleh dijawat pemimpin PAS seawal tahun depan kerana parti itu mempunyai bilangan kerusi Parlimen tertinggi ketika ini.

"Sebelum ini saya pernah cakap pada 2050 itu Perdana Menterinya daripada PAS, tapi itu bukan yang pertama. Mungkin lebih awal daripada itu, seboleh-bolehnya mungkin tahun depan.

"PAS ada jumlah kerusi Parlimen paling tinggi di antara parti politik yang ada di Malaysia. Itu asas saya," katanya.

Untuk rekod ketika ini, PAS mempunyai 43 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat berbanding 31 Ahli Parlimen BERSATU yang membentuk Perikatan Nasional (PN) - BH


Demikianlah Artikel Sanusi Tak Hingin Jadi PM.. Tapi..

Sekianlah artikel Sanusi Tak Hingin Jadi PM.. Tapi.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sanusi Tak Hingin Jadi PM.. Tapi.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/11/sanusi-tak-hingin-jadi-pm-tapi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :