MB Ganu 'Malu' Nak Jumpa Mangsa Banjir?

MB Ganu 'Malu' Nak Jumpa Mangsa Banjir? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MB Ganu 'Malu' Nak Jumpa Mangsa Banjir?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB Ganu 'Malu' Nak Jumpa Mangsa Banjir?
link : MB Ganu 'Malu' Nak Jumpa Mangsa Banjir?

Baca juga


MB Ganu 'Malu' Nak Jumpa Mangsa Banjir?

BANJIR gelombang ketiga di Terengganu dilaporkan semakin serius apabila jumlah mangsa yang dipindahkan kini meningkat lebih 10,000 orang sejak Sabtu lalu.

Kesemua mangsa banjir tersebut berpindah di lebih 100 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan tujuh daripada lapan daerah di Terengganu.

Bagaimanapun, kebanyakan mangsa banjir kecewa apabila Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar didakwa tidak banyak melakukan lawatan ke PPS yang dibuka untuk bertanya khabar ketika rakyat berada dalam kesusahan.

Terdapat desas-desus mengatakan Naib Presiden Pas itu ‘malu’ untuk bertemu dengan mangsa banjir kerana masih terdapat dalam kalangan mereka belum menerima bantuan sebanyak RM1,000 bagi setiap ketua isi keluarga (KIR) seperti dijanjikan pada 2022 lalu.

Pada tahun lalu, lebih 10,000 KIR dikenal pasti terlibat dengan banjir di Terengganu layak menerima bantuan tersebut.

Namun, kebanyakan mangsa banjir tersebut difahamkan hanya menerima bantuan banjir daripada Kerajaan Pusat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keadaan tersebut dipercayai berlaku apabila kewangan kerajaan negeri agak kritikal selepas kerajaan Pusat didakwa gagal menjelaskan sepenuhnya hasil royalti petroleum pada 2023 yang berjumlah RM1.524 bilion.

Pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-15 pada 27 November lalu, Menteri Besar Terengganu itu memberitahu, kerajaan negeri pada masa itu hanya menerima bayaran sebanyak RM510 juta daripada royalti petroleum.

Masalah kewangan yang dihadapi kerajaan Terengganu juga menyebabkan Ahmad Samsuri belum mengumumkan bonus kepada penjawat awam di negeri itu.

Keadaan tersebut menyebabkan penjawat awam saling tertanya-tanya mengenai jumlah bonus yang bakal diterima nanti. Pada belajawan 2024 baru-baru ini, Anwar mengumumkan bayaran bonus sebanyak RM2,000 kepada semua penjawata awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Selain itu, ketika penduduk di kawasan terlibat banjir berada dalam cemas, tular pula di media sosial mengenai isu pembelian kereta baharu yang dikatakan menjadi kegunaan rasmi Menteri Besar dan barisan Exco di Terengganu.

Kebanyakan mangsa banjir itu berpendapat kerajaan negeri sepatutnya melunaskan terlebih dahulu bantuan banjir pada tahun lalu sebelum membeli kenderaan baharu itu.

Perkembangan tersebut menimbulkan kemarahan dalam kalangan mangsa banjir yang berhadapan kesedihan selepas banyak harta benda mereka rosak selepas ditenggelami air. – UTUSAN


Demikianlah Artikel MB Ganu 'Malu' Nak Jumpa Mangsa Banjir?

Sekianlah artikel MB Ganu 'Malu' Nak Jumpa Mangsa Banjir? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MB Ganu 'Malu' Nak Jumpa Mangsa Banjir? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/12/mb-ganu-malu-nak-jumpa-mangsa-banjir.html

Subscribe to receive free email updates: