AMANAH Minta Semua Bekas Tokoh Negara Bela Perjuangan Rakyat & Tegur Najib

AMANAH Minta Semua Bekas Tokoh Negara Bela Perjuangan Rakyat & Tegur Najib - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AMANAH Minta Semua Bekas Tokoh Negara Bela Perjuangan Rakyat & Tegur Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AMANAH Minta Semua Bekas Tokoh Negara Bela Perjuangan Rakyat & Tegur Najib
link : AMANAH Minta Semua Bekas Tokoh Negara Bela Perjuangan Rakyat & Tegur Najib

Baca juga


AMANAH Minta Semua Bekas Tokoh Negara Bela Perjuangan Rakyat & Tegur Najib

Parti Amanah Negara (AMANAH) ingin menyeru semua tokoh penting negara termasuk cendikiawan, budayawan, karyawan, seniman, ahli akademik, agamawan dan ahli politik supaya berani berdiri untuk meyuarakan pandangan mereka terhadap isu penyelewengan negara paling besar sejak merdeka iaitu 1MDB, demikian saran Timbalan Presiden AMANAH, Salehuddin Ayub.

Beliau yakin, tokoh-tokoh seperti bekas Ketua Turus Tentera, bekas Ketua Polis Negara, bekas Peguam Negara dan hakim-hakim, bekas Ketua Setiausaha Negara dan bekas kakitangan tinggi kerajaan yang lain telah berkhidmat dengan penuh integriti dan menamatkan karier mereka dengan moral yang sangat tinggi.


"Alangkah baiknya kedudukan mereka yang mulia dan tinggi di sisi masyarakat, dimanfaatkan pula untuk menjadi pembela kepada perjuangan rakyat dan negara khususnya dalam menegur pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang hari ini sangat kritikal ekoran skandal 1MDB," tambah Salahuddin dalam kenyataannya.

Pada 20 Julai, Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman mahu menyita aset berkait 1MDB berjumlah AS$1 bilion, atas dakwaan kecurian wang dan korupsi.

Siasatan beberapa agensi Malaysia seperti PAC, BNM dan lain-lain ke atas syarikat milik negara itu bagaimanapun tidak diteruskan selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memutuskan tiada salah laku melibatkan 1MDB dalam penerimaan wang RM2.6 bilion oleh Najib pada 2013.

Salehuddin menyatakan keyakinannya rakyat akan terus menyanjung mereka di atas jasa kepada rakyat dan negara. Oleh itu wajar untuk mereka mewujudkan satu gelombang baru dalam kelompok mereka sendiri yang pastinya akan dapat memberi kesan besar kepada kesedaran rakyat dalam mempertahankan maruah negara ini.

"Meskipun mungkin mempunyai pandangan politik berbeza, saya yakin, kita semua dapat bersatu dalam usaha menentang penyelewengan yang tiada tara ketika ini," katanya lagi.

ULASAN GB

Ada sebuah fenomena yang sangat jelas dan tertanam kuat pada masyarakat dan bangsa kita saat ini yaitu membiarkan kemungkaran terjadi dan malu untuk mencegah ataupun sekedar untuk menegur. Bahkan mungkin sekarang sudah mencapai taraf takut untuk mencegah atau sekadar menyampaikan sepatah dua patah kata untuk mencegah atau mengingatkan orang dari berbuat kemungkaran. Parahnya lagi hal itu semakin ditunjang dengan kondisi dan sarana yang cukup memadai untuk melakukan segala kemungkaran dan KEROSAKAN.

Sedangkan kesemua tokoh-tokoh negara itu ada diantara telah pun menerima kesan dan implikasi ditukar, dibuang malah dipecat dari jawatannya.

Jadi kenapa membisu untuk mengungkap kebenaran di dalam membela kebenaran dan hak rakyat?

Kewajiban mengubah kemungkaran ini juga telah dinyatakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam salah satu hadits sahih:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ،
 فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ،  وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Artinya: “Barangsiapa di antara kalian melihat kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangan, jika tidak mampu, maka ubahlah dengan lisan, jika tidak mampu, maka dengan hati (dengan menunjukkan ketidak ridhaan terhadap kemungkaran tersebut), dan itulah selemah-lemah iman.






FEATURED ADS




Demikianlah Artikel AMANAH Minta Semua Bekas Tokoh Negara Bela Perjuangan Rakyat & Tegur Najib

Sekianlah artikel AMANAH Minta Semua Bekas Tokoh Negara Bela Perjuangan Rakyat & Tegur Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AMANAH Minta Semua Bekas Tokoh Negara Bela Perjuangan Rakyat & Tegur Najib dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/amanah-minta-semua-bekas-tokoh-negara.html

Subscribe to receive free email updates: