Keluar parti: Veteran ingatkan UMNO tidak perlu susui kera di hutan

Keluar parti: Veteran ingatkan UMNO tidak perlu susui kera di hutan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keluar parti: Veteran ingatkan UMNO tidak perlu susui kera di hutan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keluar parti: Veteran ingatkan UMNO tidak perlu susui kera di hutan
link : Keluar parti: Veteran ingatkan UMNO tidak perlu susui kera di hutan

Baca juga


Keluar parti: Veteran ingatkan UMNO tidak perlu susui kera di hutan

ASTRO AWANI

Keluar parti: Veteran ingatkan UMNO tidak perlu susui kera di hutan
Bekas Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor membuat keputusan keluar daripada UMNO pada Ahad demi mempertahankan prinsip perjuangannya yang ingin membawa perubahan terhadap negara. - fotoBERNAMA / Fail
 

KUALA LUMPUR: UMNO diingatkan agar tidak terus mengangkat dan memberi peluang kepada individu yang kembali kepada parti setelah memburuk-burukkan parti dan kepimpinan ketika di luar UMNO.

Setiausaha Veteran UMNO Malaysia Datuk Mustapha Yaakub berkata banyak peluang diberikan kepada golongan itu, termasuk tempat, habuan dan pangkat.

"Tindakan itu sekaligus menafikan tokoh-tokoh yang setia kepada UMNO yang juga berkelayakan. Cukuplah dengan tindakan membalas budi yang boleh merugikan parti seperti itu.

"Susuilah anak yang di pangkuan dahulu. Mereka lebih berhak untuk mendapat kasih sayang daripada kera di hutan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mustapa juga menegaskan bahawa UMNO tidak menanggung sebarang kerugian jika ada anggota yang memutuskan untuk keluar daripada parti itu.

Semalam, bekas Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor membuat keputusan keluar daripada UMNO demi mempertahankan prinsip perjuangannya yang ingin membawa perubahan terhadap negara ini.

"Kalau Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) boleh dipecat dan Naib Presiden (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) boleh keluar UMNO, maka siapa sangat (Mohamad) Ezam yang perlu dirasai kehilangannya?.

"Biarlah dia keluar. Malah lagi ramai orang seperti (Mohamad) Ezam yang keluar UMNO lebih baik," kata Mustapha.

Beliau berkata UMNO lebih selamat dengan keluarnya 'golongan parasit yang menjadi duri dalam daging dalam parti', kerana berdasarkan pemerhatian Veteran UMNO, jelas bahawa tindakan mereka yang keluar parti bukan kerana prinsip perjuangan tetapi prinsip peribadi. -- BERNAMA



Demikianlah Artikel Keluar parti: Veteran ingatkan UMNO tidak perlu susui kera di hutan

Sekianlah artikel Keluar parti: Veteran ingatkan UMNO tidak perlu susui kera di hutan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keluar parti: Veteran ingatkan UMNO tidak perlu susui kera di hutan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/keluar-parti-veteran-ingatkan-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :