Suspek kes rasuah Sabah dibebaskan dengan jaminan RM500,000

Suspek kes rasuah Sabah dibebaskan dengan jaminan RM500,000 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suspek kes rasuah Sabah dibebaskan dengan jaminan RM500,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suspek kes rasuah Sabah dibebaskan dengan jaminan RM500,000
link : Suspek kes rasuah Sabah dibebaskan dengan jaminan RM500,000

Baca juga


Suspek kes rasuah Sabah dibebaskan dengan jaminan RM500,000

 
Pengarah jabatan kerajaan itu dibebaskan dengan ikat jamin RM500,000 tanpa deposit dengan 2 penjamin, pada pukul 1 tengah hari tadi.


sprm-sabah


KOTA KINABALU: Seorang pengarah jabatan kerajaan di Sabah yang ditahan reman berhubung kes salah guna kuasa dan rasuah projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion, dibebaskan dengan ikat jamin hari ini.
 
Sumber yang rapat dengan pasukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pengarah itu dibebaskan Majistret Stephanie Sharron Abbie dengan ikat jamin RM500,000 tanpa deposit dengan 2 penjamin, pada pukul 1 tengah hari tadi.

Pada 11 Oktober lepas, SPRM dibenarkan menahan reman pengarah itu selama 5 hari lagi, yang tempohnya berakhir hari ini, selepas tempoh tahanan reman 7 hari sejak 5 Oktober lepas tamat.

Menurut sumber itu, tempoh tahanan reman terhadap 4 individu lain termasuk bekas timbalan pengarah jabatan kerajaan yang ditahan pada Jumaat akan berakhir pada 18 Oktober ini.

Sumber itu menambah SPRM akan meneruskan siasatan termasuk merekodkan kenyataan dan mengumpul bukti berhubung kes tersebut.

Setakat ini SPRM merakam percakapan 82 saksi berhubung siasatan kes itu, tambah sumber berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi saksi akan dipanggil untuk membantu siasatan kes tersebut.

SPRM menahan 5 individu terbabit bagi membantu siasatan kes berkenaan yang juga kes terbesar dalam sejarah SPRM.

Suruhanjaya itu antara lain turut merampas lebih RM114.5 juta, barang kemas bernilai RM3.64 juta dan sebanyak 127 geran tanah dianggarkan bernilai RM30 juta.

Siasatan kes itu akan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM, Seksyen 17(a) Akta SPRM, Seksyen 23 Akta SPRM, Seksyen 132 Akta Syarikat, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram.



Demikianlah Artikel Suspek kes rasuah Sabah dibebaskan dengan jaminan RM500,000

Sekianlah artikel Suspek kes rasuah Sabah dibebaskan dengan jaminan RM500,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suspek kes rasuah Sabah dibebaskan dengan jaminan RM500,000 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/suspek-kes-rasuah-sabah-dibebaskan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :