Tangani dadah: Aset pengedar mungkin dirampas, kata menteri

Tangani dadah: Aset pengedar mungkin dirampas, kata menteri - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tangani dadah: Aset pengedar mungkin dirampas, kata menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tangani dadah: Aset pengedar mungkin dirampas, kata menteri
link : Tangani dadah: Aset pengedar mungkin dirampas, kata menteri

Baca juga


Tangani dadah: Aset pengedar mungkin dirampas, kata menteri

 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hasil daripada penjualan aset berkenaan akan disalurkan kepada usaha penguatkuasaan dan pemulihan.


Zahid-Hamidi_hisap-dadah


KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan kaedah menyita dan mencairkan aset milik pengedar dadah susulan peningkatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah dalam mesyuarat hari ini ada mengemukakan cadangan itu, sebagai tambahan kepada hukuman penjara terhadap pengedar dadah.

“Jawatankuasa itu juga bersetuju untuk menguatkan lagi penguatkuasaan dan usaha pemulihan dalam membanteras salah guna dadah.

“Saya mengarahkan agensi berkaitan untuk melihat kepada mengubah kaedah konvensional memerangi dadah kepada sesuatu yang lebih berkesan.

“Antara cadangan yang dikemukakan hari ini ialah semua aset pengedar dadah disabitkan bersalah akan dicairkan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Zahid berkata hasil daripada penjualan aset berkenaan akan disalurkan kepada usaha penguatkuasaan dan pemulihan.

Cadangan itu dikemukakan susulan kajian Kementerian Kesihatan yang mendapati 4& daripada 35,000 pelajar tingkatan 1 hingga 6 pernah terbabit dengan dadah.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata angka tertinggi dicatatkan di Kedah dengan 274 pelajar, diikuti Kelantan dan Perak masing-masing 197 dan 180.

Lebih 74% pelajar didapati mengambil methamphetamine sementara 20% lagi mencuba kanabis.

Katanya, jawatankuasa berkenaan akan bermesyuarat lagi dalam tempoh 30 hari dan 8 kementerian serta 20 agensi terbabit akan bekerjasama memerangi penyalahgunaan dadah.

“Pengedar dadah menyasarkan pelajar untuk menjadi penagih sebagai cara mereka meluaskan pasaran.

“Maka masyarakat dan ibu bapa terutamanya tidak boleh hanya bergantung pada penguatkuasaan dadah dan agensi pemulihan untuk menghalang anak mereka menggunakan dadah,” katanya.



Demikianlah Artikel Tangani dadah: Aset pengedar mungkin dirampas, kata menteri

Sekianlah artikel Tangani dadah: Aset pengedar mungkin dirampas, kata menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tangani dadah: Aset pengedar mungkin dirampas, kata menteri dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/tangani-dadah-aset-pengedar-mungkin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :