Zahid Hamidi menggelabah diaju soalan derma RM2.6 bilion di Dewan Rakyat

Zahid Hamidi menggelabah diaju soalan derma RM2.6 bilion di Dewan Rakyat - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid Hamidi menggelabah diaju soalan derma RM2.6 bilion di Dewan Rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid Hamidi menggelabah diaju soalan derma RM2.6 bilion di Dewan Rakyat
link : Zahid Hamidi menggelabah diaju soalan derma RM2.6 bilion di Dewan Rakyat

Baca juga


Zahid Hamidi menggelabah diaju soalan derma RM2.6 bilion di Dewan Rakyat

Gobind singh
Oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini mengelak dan dilihat terpinga-pinga apabila diajukan soalan mengenai dana RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Zahid sebelum ini mendakwa dana besar itu telah disumbangkan kepada Najib yang juga Menteri Kewangan oleh seorang penderma Arab berdarah raja sebagai usaha untuk mengekang fahaman Islam yang menyimpang daripada terus berkembang di negara ini. 

Bagaimanapun, kenyataan itu telah disanggah dengan bukti kukuh oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang mendedahkan bahawa dana berbilion ringgit yang masuk ke akaun peribadi ‘MO1’ berpunca daripada penyelewengan dana syarikat milik negara 1MDB.

Individu ‘MO1’ atau ‘Malaysia Official 1’ yang disahkan sebagai Najib oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan, disebut sebanyak 36 kali dalam tuntutan saman yang dikeluarkan DOJ pada Julai bagi merampas aset yang yang terkait dana diseleweng daripada syarikat sarat hutang terbabit. 

“Yang itu (soal derma RM2.6 bilion) kita telah serahkan hasil siasatan itu kepada pihak task force dan biarlah menteri kewangan kedua menjawab,” kata Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh sebagai menjawab celahan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Sebelum itu, Gobind dalam sesi khas waktu pertanyaan-pertanyaan menteri (QMT) mahu tahu sama ada siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan memandang terdapat percanggahan fakta dan kenyataan berhubung sumber dana RM2.6 bilion itu.

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Gobind yang juga Ketua Biro Undang-undang DAP menuntut supaya Zahid menyatakan sama ada kenyataan beliau mengenai derma itu tidak benar dan adakah satu siasatan semula perlu dijalankan.

Bagaimanapun, Zahid menggelak daripada menjawab persoalan berkenaan dan memberi jawapan pendek: “Saya rasakan apa yang saya nyatakan itu akan digulung oleh pihak yang berkenaan dan eloklah tajuk itu kita tukar kepada tajuk lain.” – Roketkini.com

LIHAT VIDEO DI SINI

 


Demikianlah Artikel Zahid Hamidi menggelabah diaju soalan derma RM2.6 bilion di Dewan Rakyat

Sekianlah artikel Zahid Hamidi menggelabah diaju soalan derma RM2.6 bilion di Dewan Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid Hamidi menggelabah diaju soalan derma RM2.6 bilion di Dewan Rakyat dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/zahid-hamidi-menggelabah-diaju-soalan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :