Lawatan Hj Hadi ke Iran - Satu lagi pembohongan ....

Lawatan Hj Hadi ke Iran - Satu lagi pembohongan .... - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lawatan Hj Hadi ke Iran - Satu lagi pembohongan ...., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lawatan Hj Hadi ke Iran - Satu lagi pembohongan ....
link : Lawatan Hj Hadi ke Iran - Satu lagi pembohongan ....

Baca juga


Lawatan Hj Hadi ke Iran - Satu lagi pembohongan ....

Sayangnya paparan diatas ini di sini sudah jadi 'Page not found'
  Setpol Hj Hadi menulis di Harakah Daily menjelaskan tentang pemergian Hj Hadi ke Iran secara ringkasnya adalah atas tiga perkara pokok berikut :

1) Adalah atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin daripada Iran, Dr Abdurrahman Bayraan (org sunni dan dilantik oleh Syeikh Dr Yusof Qardhawi)

2) Telah memaklumkan pemergiannya kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke KL bulan lepas. Jadi tak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusof Qardhawi. 

3) Hj Hadi akan membangkitkan isu yang berlaku di Syria.

 Semua dakwaan yang dinyatakan oleh setpol Hj Hadi ternyata bohong apabila tersibar kenyataan dari Ibu Pejabat Kesatuan Ulama Muslimin di Qatar , Doha sebentar tadi yang telah menyangkalnya :

Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) Membantah Lawatan (Abdul Hadi) Awang Ke Tehran

 Lawatan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia ke Iran Tidak Mewakili Kesatuan Ulama Islam.

Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) yang diketuai Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi dan setiausaha agungnya Dr. Ali al-Qaradaghi membantah keras lawatan Syeikh Abdul Hadi Awang, Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan Presiden Parti Islam SeMalaysia ke Iran baru2 ini.

 KUIS melahirkan rasa hairan terhadap masa lawatan itu, iaitu pada masa Iran memainkan peranan jahat dan membunuh kekuarga kita di Halab / Aleppo khasnya dan Syria amnya, di samping peranan dan ketamakan Iran terharap wilayah2 kita termasuk Iraq dan Yaman.

 Serentak dengan bantahan ini, KUIS menganggap lawatan tersebut adalah lawatan yg tidak sah daripada mana2 kakitangannya dan ia tidak mewakili sesiapa selain orang yang melaksanakannya. KUIS menunggu Syeikh Abdul Hadi Awang menilai semula secara sendiri lawatan yang tidak direstui ini sama ada pada sempenanya dan juga pada tempatnya!

 Apabila KUIS berusaha demi kesatuan umat Islam, ia mengambil pendirian yg jelas terhadap ketamakan sektarian yang dilakukan Iran dari satu aspek, dan ia tidak lupa peristiwa2 yang dilalui umat Islam, sungai2 darah yang mengalir di Halab / Aleppo dan jutaan mangsa bunuh, cedera, terpenjara, pelarian daripada kalangan orang2 Syria di merata tempat. (Terjemahan oleh Dr Rozaimi Ramle)

Dr Rozaimi Ramle : Kenyataan rasmi dari Kesatuan Ulama Dunia mengkritik lawatan Naib Presidennya Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Dr Yusuf al-Qaradawi dan Syeikh Qurrah Daghi berkata lawatan beliau tidak tepat pada masanya dan pada tempatnya memandangkan isu di Halab dan peranan Iran dalam kekacauan di rantau Asia Tengah.

 Kepada siapa yang suka guna nama Kesatuan Ulama Dunia secara semberono dan bohong, insaflah.

 Apa yang penting pendirian Ketua Kesatuan Ulama Sedunia (Dr Yusuf al-Qaradawi) dan Setiausahanya (Syeikh Qurrah Daghi) senada dengan apa yang saya utarakan. Maka saya tidak bersendirian dalam isu ini.

Alhamdulillah.

Abdul Rahman Sayuti : Setelah bertabayyun sendiri dengan Ibu Pejabat Kesatuan Ulama Muslimin di Qatar , Doha tadi, saya bertanya sendiri kepada PIC hubungan luar mereka dan staff2 mereka yang lain , kesemua mereka tidak tahu menahu pun perihal pemergian TGHH ke Tehran menghadiri majlis disana apatah lagi menghadiri majlis maulid disana.

Malah mereka menambah lagi bahawa kepada ahli Ittihad ulama tidak sepatutnya kesana serta dilarang ke Tehran.. Persoalan disini adalah , adakah pemergian TGHH atas kapasiti Kesatuan Ulama Muslimin atau atas kapasiti peribadi beliau ?...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Ulama Sedunia oleh Syeikh Yusuf Qardawi sendiri serta Syeikh Dr Ali Qaradaghi , menyelar pemergian TGHH ke Tehran ..

Disamping lawatan tersebut tidak langsung mewakili Kesatuan Ulama tersebut . Kesatuan juga meminta supaya TGHH bermuhasabah terhadap ziarah yang dilakukannya ...


Demikianlah Artikel Lawatan Hj Hadi ke Iran - Satu lagi pembohongan ....

Sekianlah artikel Lawatan Hj Hadi ke Iran - Satu lagi pembohongan .... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lawatan Hj Hadi ke Iran - Satu lagi pembohongan .... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/12/lawatan-hj-hadi-ke-iran-satu-lagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :