Judul : Pelaburan Tipu : Program Islamic Hotel di Mekah dan Madinah
link : Pelaburan Tipu : Program Islamic Hotel di Mekah dan Madinah
Pelaburan Tipu : Program Islamic Hotel di Mekah dan Madinah
JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan penipuan pelaburan program Islamic Hotel di Mekah dan Madinah, 2 tahun lalu.
Sheikh Saidey Nor Sheikh Abdul Rahman, 43, manakala isterinya Sofia Affendi, 42, masing-masing didakwa dengan 2 pertuduhan, yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.
Sheikh Saidey didakwa melakukan kesalahan menipu dan memperdaya seorang ahli perniagaan, Raja Farhana Raja Ali, 36, dengan menawarkan pelaburan pajak bilik hotel di Mekah dan Madinah, yang mana mangsa kemudiannya menyerahkan sekeping cek bernilai RM314,535.
Untuk pertuduhan kedua, tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan yang sama sehingga mangsa menyerahkan wang berjumlah RM282,616.73 kepada tertuduh.
Sheikh Saidey didakwa melakukan 2 kesalahan itu di Restoran Remaja Bandar Baru Uda, Jalan Tampoi, pada April 2015 antara 8.30 hingga 11 malam.
Bagi kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun berserta sebatan dan denda.
Manakala, Sofia juga dituduh bersubahat dengan suaminya atas 2 pertuduhan untuk memperdaya Raja Farhana berhubung program itu di lokasi dan waktu sama.
Dia dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama-sama Seksyen 420 Kanun Keseksaan di mahkamah sama. Azlan Shah kemudiannya menetapkan wang jaminan RM90,000 untuk setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan diarahkan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 7 Februari untuk sebutan semula kes. ~ sumber
Nota : Sila baca mengenai penipuan Skim Islamic Hotel oleh Dato Syeikh Saidey Nor .
Demikianlah Artikel Pelaburan Tipu : Program Islamic Hotel di Mekah dan Madinah
Sekianlah artikel Pelaburan Tipu : Program Islamic Hotel di Mekah dan Madinah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelaburan Tipu : Program Islamic Hotel di Mekah dan Madinah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/pelaburan-tipu-program-islamic-hotel-di.html