Judul : Tok Lebai Marang yang malang...
link : Tok Lebai Marang yang malang...
Tok Lebai Marang yang malang...
Latihan berdemo.... |
Tetapi tiba-tiba Najib pula buat hal! Betapa remunya hati Tok Lebai Marang akibat angkara Najib yang tidak mahu turut serta dalam unjuk rasa anjuran Pas pada 18 Februari nanti.
Jamil Khir dah dapat baju demo.... |
Walaupun Himpunan 355 itu antara agenda yang dibincangkan di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang kelmarin, Najib masih belum boleh mengesahkan penyertaan partinya dalam tunjuk perasaan menyokong pindaan RUU 355 tersebut!
“Saya akan buat ulasan nanti. Kita tengah halusi segala aspek RUU 355. Bagi saya tempoh sikitlah,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat hari ini," kata Najib. Baca beritanya di sini
Macamanalah Tok Lebai Marang tak sakit hati, dia dah ikut semua skrip yang disediakan oleh Umno. Tok Lebai Marang tentunya tidak mampu nak bentangkan RUU 355 kerana usul berkenaan hendaklah dibawa oleh menteri. Tetapi kerana atas persetujuan Najib, maka menteri Azalina pun beri laluan kepada Tok Lebai Marang....
Setelah itu, Jamil Khir Baharom telah buat kenyataan di sini bahawa kerajaan akan membawa sendiri Rang Undang-Undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 (RUU355) - Apasal Tok Lebai Marang masih perasan nak jadi hero RUU 355??
Dua kali Tok Lebai dapat laluan, tapi sebab terpaksa ikut skrip, maka dua kali itulah pembentangannya untuk dibahaskan ditangguh. Sendiri bawa usul kemudian sendiri pula minta tangguh?? Bukankah vangang namanya tu?
Setelah itu, Jamil Khir Baharom telah buat kenyataan di sini bahawa kerajaan akan membawa sendiri Rang Undang-Undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 (RUU355) - Apasal Tok Lebai Marang masih perasan nak jadi hero RUU 355??
Maka sepatutnya Tok Lebai marang berehatlah. Pergi mancing, mencandat sotong,menjala atau menembak babi. Apalak nak buat himpunan raksasa?
Bukankah Umno dah kata akan bentangkan sendiri pindaan RUU 355 itu?
Umno tidak perlu melakukan demo sebab mereka tahu bukan orang ramai sasarannya. Bukan orang ramai yang nak bincang dan berbahas di parlimen nanti. Umno lebih fokus untuk mendapat sokongan rakan komponen dalam BN. Selagi Umno tidak mendapat restu daripada mereka, maka selagi itulah RUU 355 akan ditangguh!
Najib sendiri tentu berasa amat pelik melihat telatah Tok Lebai Marang yang pernah diskan otaknya, tapi masih ada sesuatu yang tak kena. Bayangkanlah, Umno sendiri yang akan bawa pindaan RUU 355 itu, tapi Tok Lebai dan gerombolannya pula yang akan berdemo?
Umno dan gerombolannya tentu gelak besar melihat Tok Lebai marang kena main... Dan kali ini tentu mereka gelak lebih besar dan lebar tengok Tok Lebai Marang dan orang-orangnya berdemo di tengah-tengah panas nanti...
Jadi, Tok Lebai Marang tolonglah jangan bermimpi di siang hari .... hinggakan nak jemput malaikat ikut sama berdemo. Kalau korang nampak ribuan baju ungu demo berkeliaran berterbangan diangkasa raya nanti, maka korang jangan panik tak tentu pasal.... kerana itu tandanya penyertaan malaikat adanya!
Demikianlah Artikel Tok Lebai Marang yang malang...
Sekianlah artikel Tok Lebai Marang yang malang... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tok Lebai Marang yang malang... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/tok-lebai-marang-yang-malang.html