Bukan Islam bantah RUU Hadi adalah jahil, kata sayap penyokong PAS

Bukan Islam bantah RUU Hadi adalah jahil, kata sayap penyokong PAS - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bukan Islam bantah RUU Hadi adalah jahil, kata sayap penyokong PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bukan Islam bantah RUU Hadi adalah jahil, kata sayap penyokong PAS
link : Bukan Islam bantah RUU Hadi adalah jahil, kata sayap penyokong PAS

Baca juga


Bukan Islam bantah RUU Hadi adalah jahil, kata sayap penyokong PAS


Seorang wakil dari sayap penyokong parti PAS percaya bahawa orang bukan Islam yang menentang rang undang-undang (RUU) Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah jahil.

Ketua Penerangan Sayap Penyokong PAS, Dr Balachandran G Krishnan, dalam ucapannya di ceramah pra-perhimpunan Akta 355, berpendapat bahawa memperkasakan mahkamah syariah tidak seharusnya menjadi satu isu untuk rakyat Malaysia.

"Yang menjadi masalah adalah, anggota Parlimen Islam yang membantah RUU 355 dan orang Islam munafik yang melawan RUU 355. Itulah masalahnya, itu yang merumitkan keadaan," katanya di majlis itudi Gombak malam tadi.

Akibatnya, tegas beliau, orang bukan Islam telah menjadi keliru.

"Tapi saya tidak keliru kerana saya ditarbiahkan pimpinan PAS, lain dari yang lain," katanya disambut laungan 'Allahuakbar' dari hadirin.

"Orang bukan Islam yang tidak sokong RUU 355 itu bukan menjadi masalah sebab mereka memang jahil," katanya.

Sebab itu, kata Balachandran, Orang Islam wajib bersatu dalam mendaulatkan Islam

"Orang Islam harus mendekati mereka yang membantah (RUU 355) dengan kasih dan sayang dan terus memberi penerangan secara khusus untuk sedarkan mereka bahawa menjadi tanggungjawab orang islam untuk mengabdikan diri mereka dan reda dengan kehendak Allah," tambahnya.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan, yang menjadi moderator di majlis itu malam tadi, bersetuju bahawa penentangan terhadap RUU itu berpunca daripada kurang pemahaman mengenainya.

Perhimpunan Akta 355 yang dianjurkan oleh PAS dan 10 NGO lain akan bermula jam 2 petang ini dan dijangka berterusan sehingga 11 malam.

Perhimpunan itu adalah untuk menyokong RUU Ahli Persendirian yang dibawa oleh Hadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang lebih dikenali sebagai Akta 355, yang akan membolehkan mahkamah syariah mengenakan hukuman yang lebih keras terhadap pesalah.

Semalam, Hadi berkata, lebih 200,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan itu, termasuk bukan Islam yang menyokong rang undang-undang tersebut.

Perhimpunan itu akan mempunyai beberapa aktiviti seperti sesi soal jawab dengan penceramah dan ucapan dari wakil NGO dan -wakil kerajaan, dan juga dari Hadi sendiri.



Demikianlah Artikel Bukan Islam bantah RUU Hadi adalah jahil, kata sayap penyokong PAS

Sekianlah artikel Bukan Islam bantah RUU Hadi adalah jahil, kata sayap penyokong PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bukan Islam bantah RUU Hadi adalah jahil, kata sayap penyokong PAS dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/bukan-islam-bantah-ruu-hadi-adalah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :