Judul : HADI AWANG MEREPEK DAN PATUT CERMIN MUKA SENDIRI
link : HADI AWANG MEREPEK DAN PATUT CERMIN MUKA SENDIRI
HADI AWANG MEREPEK DAN PATUT CERMIN MUKA SENDIRI
Ramai pemimpin Umno meninggalkan parti itu kerana tidak mahu bersekongkol dengan korupsi... sebaliknya Hj Hadi kata Umno semakin baik...?? |
PAS telah menyebabkan rakyat di peringkat akar umbi khususnya para pengundi atas pagar semakin hilang keyakinan pada kepimpinan parti islam itu sendiri.
Hadi Awang sanggup bekerjasama dengan umno dan Barisan Nasional yang amat korup hingga menyebabkan majoriti dari penyokong parti PAS itu sendiri dah mula sangsi dengan wadah perjuangan mereka yang kononnya berpegang pada ajaran agama islam yang tulen berteraskan al-quran serta as-sunnah.
PAS lah yang membuatkan ramai daripada orang melayu yang beragama islam semakin kecewa dengan perkembangan politik islam di tanahair kita. Parti PAS lah yang sedang merosakkannya!!
Semua parti pembangkang melawan amalan rasuah serta salahlaku Barisan Nasional pada hari ini tetapi Hadi Awang menyokong pemimpin-pemimpin umno yang korup serta salahguna kuasa kebelakangan ini.
Kami pemimpin-pemimpin umno pun terpaksa mengambil keputusan untuk meninggalkan serta tidak bersubahat dengan korupsi umno yang PAS berpuluhan tahun memaki hamun tetapi hari ini di saat mereka merosakkan masa depan bangsa, agama dan tanahair; kepimpinan tertinggi PAS pula sanggup bersubahat dengan kerajaan kleptokrasi.
Suruh Hadi Awang suluh cermin muka dia terlebih dahulu sebelum nak salahkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir Mohamad pada usia lanjut ini terpaksa pikul tanggungjawab sebagai fardhu kifayah untuk selamatkan malaysia tetapi hadi awang memilih untuk bersubahat dengan kemungkaran!!
Kalau Hadi Awang dan PAS tak mahu menyertai Pakatan Harapan tolonglah jangan cipta pelbagai alasan untuk menyalahi orang lain.
Hadi Awang kena salahkan diri dia sendiri!! Yang merosakkan dan meruntuhkan politik islam di negara ini adalah hadi awang!! Dia yang tak betul bukan Tun Dr Mahathir Mohamad!!
Sarawak report dan YB Dato Paduka Husam Musa buat kenyataan PAS telah dibayar sejumlah rm70 juta oleh Umno sehingga hari ini pun Hadi Awang serta PAS tak berani mengambil sebarang tindakan undang-undang. Mengapa begitu?!
PAS itu parti politik dan bukannya agama islam!! Pemimpin-pemimpin PAS macam hadi awang adalah orang politik biasa yang bukan maksum!! Mereka juga bernafsu seperti manusia biasa dan tidak terkecuali dari melakukan pelbagai kesalahan di muka alam ini.
Semua parti-parti yang didominasikan oleh orang-orang melayu ajak PAS kerjasama lawan kerajaan kleptokrasi namun mereka pilih untuk bersekongkol dengan umno serta Barisan Nasional. Supremo DAP YB Lim Kit Siang pun secara nada lembut, ikhlas dan memilih untuk mengambil pendekatan tawadduk bagi menjemput PAS menyertai Pakatan Harapan baru-baru ini tetapi malangnya parti PAS itu sendiri yang banyak 'songeh!!'
Hadi Awang tak perlu buat retorik politik yang berselindung di sebalik agama islam lagi kerana keseluruhan rakyat sudah tahu 'warna sebenar' parti PAS ini.
Hakikatnya, mereka adalah kalangan hipokrit yang mesti kita tentang secara habis-habisan seandainya PAS turut bersekongkol bersubahat dengan kerajaan kleptokrasi di negara malaysia yang tercinta ini.
PAS jangan terlalu angkuh kerana mereka sedang menempa telaga yang cukup dalam untuk terjun ke dalamnya bersama umno!!
Yakinilah, PAS sedang masuk ke perangkap umno dan Barisan Nasional yang bakal memusnahkan parti mereka buat selamanya selepas ini!!
Ikhlas dari:
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
9 November 2017
Demikianlah Artikel HADI AWANG MEREPEK DAN PATUT CERMIN MUKA SENDIRI
Sekianlah artikel HADI AWANG MEREPEK DAN PATUT CERMIN MUKA SENDIRI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HADI AWANG MEREPEK DAN PATUT CERMIN MUKA SENDIRI dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/hadi-awang-merepek-dan-patut-cermin.html