NOH OMAR, TERIMA SAJA HASRAT JAMAL MAHU BERSARA!!

NOH OMAR, TERIMA SAJA HASRAT JAMAL MAHU BERSARA!! - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NOH OMAR, TERIMA SAJA HASRAT JAMAL MAHU BERSARA!!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NOH OMAR, TERIMA SAJA HASRAT JAMAL MAHU BERSARA!!
link : NOH OMAR, TERIMA SAJA HASRAT JAMAL MAHU BERSARA!!

Baca juga


NOH OMAR, TERIMA SAJA HASRAT JAMAL MAHU BERSARA!!

 shahbudindotcom



Selepas bebas daripada tahanan reman selama lima hari atas pertuduhaan samun berkumpulan, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunus dilaporkan akan menghantar surat perletakan jawatannya, hari ini.

Selain akan meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal juga mahu berundur sebagai Pengerusi BN Sungai Besar dan Ketua Gerakan Baju Merah yang menjadikan dirinya popular dan kontroversi selama ini.

Tidak diketahui apa yang menyebabkan Jamal mahu meletakkan jawatan, mungkin kerana kecewa beirkutan banyak tindakannya tidak mendapat sokongan pemimpin-pemimpin UMNO dan mungkin juga merasakan penahanan remannya akan disusuli dengan pendakwaan di mahkamah selepas ini.
Kata Jamal lagi, beliau akan menghantar surat perletakan jawatan itu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar.

"Saya menyerahkan keputusan akhir kepada Noh Omar untuk memutuskannya.  Apa pun keputusan beliau, saya akan terima," ujar Jamal lagi.

Ehh, ehh...kenapa main serah-serah  kepada Noh Omar pula membuat keputusan akhir dan berkata pula akan akur dengan sebarang keputusan itu?

Ini serius nak letak jawatan atau acah-acah saja?

Nak letak jawatan...letak sajalah, kenapa perlu kepada kata akhir daripada orang lain pula?

Ini macam wayang je bro?

Harus diakui, perilaku dan tindakan Jamal melalui Gerakan Baju Merah selama ini bukan saja memalukan UMNO dan BN, bahkan mengaibkan  orang Melayu dan juga negara.

Dalam sejarah politik, waima di era kuno sekali pun, tidak pernah ada orang yang menggelarkan dirinya pemimpin sehingga sanggup bertuala dan membawa katil ke pejabat kerajaan hanya untuk melakukan protes dan mencari glamor.

Untuk itu, Noh Omar tanpa banyak soal mesti terima saja perletakan jawatan Jamal. Menolak perletakan jawatan Jamal hanya mengesahkan beliau sekadar acah-acah mahu berundur kerana tahu akhirnya Noh Omar yang merupakan kawan rapatnya, akan menyelamatkan kedudukan dirinya.

Lagi pula, tindakan Jamal tidak membawa sebarang markah dalam usaha UMNO dan BN menawan kembali Selangor. 

Kalau Noh Omar menolak juga perletakan jawatan itu, orang akan melihat ini merupakan satu lagi drama yang cuba dipentaskan oleh Jamal untuk terus mempopularkan dirinya yang semakin suam-suam kuku dan tidak laku.




Demikianlah Artikel NOH OMAR, TERIMA SAJA HASRAT JAMAL MAHU BERSARA!!

Sekianlah artikel NOH OMAR, TERIMA SAJA HASRAT JAMAL MAHU BERSARA!! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NOH OMAR, TERIMA SAJA HASRAT JAMAL MAHU BERSARA!! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/noh-omar-terima-saja-hasrat-jamal-mahu.html

Subscribe to receive free email updates: