Kenyataan Akhbar Isu Baiah.

Kenyataan Akhbar Isu Baiah. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenyataan Akhbar Isu Baiah., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenyataan Akhbar Isu Baiah.
link : Kenyataan Akhbar Isu Baiah.

Baca juga


Kenyataan Akhbar Isu Baiah.


1. Saya terbaca laporan di dalam Malaysiakini dan Malaysia Dateline yang menerbitkan berita adanya usul yang cuba dibawa oleh sebuah kawasan Pas di Kelantan yang mahukan kononnya pelanggar baiah Pas dibawa ke Mahkamah Syariah. 

2. Saya ingin tegaskan bahawa jika pembawa usul itu atau sesiapa juga di belakang usul itu cuba berfikir yang pemimpin Amanah gentar dan bimbang dengan usul itu, mereka tersilap besar. 

3. Jika usul sebegitu digeruni atau ditakuti, maka sejak awal lagi parti Amanah tidak akan ditubuhkan. 

4. Jika pembawa usul atau Pas bersungguh untuk bawa usul tersebut ke mahkamah syariah, jawapan Amanah adalah ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, kami mengalu-alukan dan bersedia untuk berjumpa anda semua di mahkamah syariah bila bila masa insya Allah.

5. Sebenarnya kami lagi seronok kerana kami percaya jika syariah betul betul dilaksanakan di mahkamah syariah, banyak kekeliruan berkaitan baiah tersebut dapat diselesaikan insya Allah.Terima kasihlah kepada pembawa usul.

6. Seperkara lagi, memandangkan isu baiah yang sedang tidur lena tiba tiba dikejutkan semula, kami juga harap pembawa usul dan Pas mesti juga bersedia untuk bawa isu penyeludupan baiah dari pintu belakang dalam kes di Dun Kota Damansara sebelum ini juga ke mahkamah syariah. Bukankah kerana "smuggling" atau penyeludupan tersebut , ianya berakhir dengan Pas rela memenangkan calon BN di Dun tersebut? 

7. InsyaAllah, Kanun juga bersedia menawarkan khidmat peguam syarie jika isu baiah ini dibawa ke mahkamah syariah.

12 Mac 2017 
MOHAMED HANIPA MAIDIN 
PENGERUSI KANUN 
PARTI AMANAH NASIONAL


Demikianlah Artikel Kenyataan Akhbar Isu Baiah.

Sekianlah artikel Kenyataan Akhbar Isu Baiah. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenyataan Akhbar Isu Baiah. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/kenyataan-akhbar-isu-baiah.html

Subscribe to receive free email updates: