Judul : Pas beri gambaran Islam yang menakutkan
link : Pas beri gambaran Islam yang menakutkan
Pas beri gambaran Islam yang menakutkan
Mohd Khairuddin Othman Setiausaha PAS Selangor. |
Sang Dewa itu berkata kenyataan dibuat Chong semasa berbahas di Dewan Rakyat semalam jelas menunjukkan pendirian DAP dan sekutunya yang antiguru Islam di negara ini.
Katanya, tindakan itu mengganggu keharmonian antara kaum di negeri berkenaan.
Amboi bukan main murni dan sucinya Sang Dewa berperi. Apakah dia lupa betapa astaziah partinya sendiri mengganggu keharmonian antara kaum malah sesama Islam sendiri.
Pas siang malam kerjanya menyerang DAP walaupun pada realitinya, Pas bukan berdepan dengan DAP secara anak jantan dalam mana-mana konstituen PRU. Pas menyalak kerana mengharapkan dedak dari tuannya Umno BN.
Astaziah Pas menggunakan bahasa kesat yang tidak sepatutnya diucapkan terutamanya ketika dalam majlis yang diadakan dalam masjid.
Pernah berlaku seorang Ketua Penerangan PAS Tambun dilaporkan telah merujuk ahli Pas yang berhijrah ke Amanah Negara sebagai 'Haram jadah' ketika dalam satu forum di Masjid Lama Taiping.
Ada YDP Pas yang mengancam Presiden PKR, WAWI untuk ditanam di jirat Cina jika beliau tidak menyokong pindaan RUU355. Ini sekadar menamakan satu, dua kes betapa tindak tanduk Pas mengundang perpecahan dan permusuhan sesama Islam.
Gara-gara sikap melampau astaziah dari kalangan Pas yang sebegini rupa telah memberikan gambaran yang menakutkan apatah lagi kepada mereka yang bukan Islam seperti mana yang digambarkan melalui ucapan Chong Chieng Jen.
PAS menganggap hanya mereka saja yang dikatakan "jemaah Islam" dan yang berauthoriti dalam memberi kuliah agama hingga tergamak menyekat ustaz-ustaz yang bukan dari kelompoknya dari memberi kuliah agama di masjid dan surau-surau yang mereka kuasai.
Siap dengan senarai yang disebar melalui kiriman WhatsApp memaklumkan, “Semua Cawangan (Pas) dimohon memastikan masjid dan surau di kariah tuan-tuan tidak menjemput ustaz-ustaz di atas.” Boleh baca seterusnya di sini
Ustaz Ahmad Awang yang pernah mencabar kerusi presiden Pas suatu ketika dulu telah tidak dibenarkan meneruskan kuliahnya di sepuluh masjid di Selangor walaupun telah lama mencurahkan baktinya di tempat-tempat tersebut. Ini termasuk, sebuah masjid berdekatan rumah beliau.
PAS dah lebih teruk daripada UMNO; belum lagi berkuasa di Putrajaya sudah berlagak umpama Sang Dewata!
Demikianlah Artikel Pas beri gambaran Islam yang menakutkan
Sekianlah artikel Pas beri gambaran Islam yang menakutkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pas beri gambaran Islam yang menakutkan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/pas-beri-gambaran-islam-yang-menakutkan.html