PAS gesa Amanah, PPBM faham 'isyarat' Anwar

PAS gesa Amanah, PPBM faham 'isyarat' Anwar - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS gesa Amanah, PPBM faham 'isyarat' Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS gesa Amanah, PPBM faham 'isyarat' Anwar
link : PAS gesa Amanah, PPBM faham 'isyarat' Anwar

Baca juga


PAS gesa Amanah, PPBM faham 'isyarat' Anwar

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu sedar 'isyarat' Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan menyerahkan 30 kerusi milik PKR kepada mana-mana pihak, termasuk rakan-rakan komponen dalam Pakatan Harapan (PH). 
 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man percaya ia juga sebagai satu petanda bahawa PKR cuba untuk mengungguli dan menguasai parti pembangkang lain hari ini.
 
“Isu besar dalam pengagihan kerusi dalam PH itu adalah satu isyarat yang dihantar oleh PKR bahawa parti Amanah dan PPBM tidak akan diberi kerusi sebab itu di dalam muafakat.
 
“Cuma saya fikir kenyataan yang dia (Saifuddin) itu sebagai peringatan kepada parti-parti dan komponen dalam PH," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menyatakan pendirian parti itu untuk tidak memberikan 30 buah kerusi yang dimenangi PKR kepada mana-mana parti pembangkang termasuk DAP, PPBM dan Amanah.
 
Beliau merujuk kepada panduan yang dimaklumkan Anwar dalam proses rundingan yang melibatkan PKR dan parti-parti pembangkang yang lain dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Sehingga kini belum ada lagi ketetapan untuk Amanah dan PPBM, dua parti baru yang menyertai PH, untuk bertanding di mana-mana kerusi.
 
Amanah, sebagaimana ditegaskan berkali-kali sebelum ini bahawa ia hanya akan bertanding di kesemua kerusi milik PAS, dan menghormati kerusi-kerusi yang dimenangi pembangkang yang lain.
 
Tuan Ibrahim ketika diminta mengulas tindakan Amanah itu bukan sahaja mewujudkan pertandingan tiga penjuru, malah memberi peluang kemenangan kepada Umno-Barisan Nasional.
 
“Baik dia tumpu kepada kawasan-kawasan lain yang bukan kerusi tradisi PAS.
 
“Kita tengok begitulah (Amanah cuba nak wujudkan tiga penjuru) sebab kalau mereka meletakkan juga calon, bererti mereka yang wujudkan tiga penjuru bukan PAS, contohnya di Kelantan atau tempat-tempat yang PAS dah menang di Selangor, kalau mereka letak juga bererti sudah pastilah mereka yang menjadikan tiga penjuru," ujarnya.
 
 


Demikianlah Artikel PAS gesa Amanah, PPBM faham 'isyarat' Anwar

Sekianlah artikel PAS gesa Amanah, PPBM faham 'isyarat' Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS gesa Amanah, PPBM faham 'isyarat' Anwar dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/pas-gesa-amanah-ppbm-faham-isyarat-anwar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :