Tarik balik kenyataan atau berdepan tindakan, kata MAIS kepada Chegubard

Tarik balik kenyataan atau berdepan tindakan, kata MAIS kepada Chegubard - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tarik balik kenyataan atau berdepan tindakan, kata MAIS kepada Chegubard, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tarik balik kenyataan atau berdepan tindakan, kata MAIS kepada Chegubard
link : Tarik balik kenyataan atau berdepan tindakan, kata MAIS kepada Chegubard

Baca juga


Tarik balik kenyataan atau berdepan tindakan, kata MAIS kepada Chegubard

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin digesa menarik balik kenyataan berbaur fitnah terhadap Istana Selangor atau berdepan tindakan undang-undang.
 
Tuntutan itu dikemukakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mahu ia ditarik balik dalam tempoh 24 jam dari tarikh kenyataan media pihak berkuasa agama itu.
 
Jika Badrul Hisham atau dikenali sebagai Chegubard gagal berbuat demikian, Pengerusinya Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata MAIS akan mengambil tindakan mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia atau didakwa mengikut Akta Fitnah 1957
 
Beliau mengulas mengenai artikel yang ditulis Chegubard bertajuk 'Pertanyaan Terbuka Buat Istana Selangor' dalam blognya, 'Perjuangan Adalah Pelaksanaan Kata-kata' pada 6 Jun lalu yang mendakwa sebuah surau digunakan sebagai lokasi untuk program pemukiman jentera pilihan raya PAS.
 
Katanya, MAIS sudah mengarahkan satu siasatan dijalankan terhadap dakwaan itu, dan mendapati surau itu sudah ditutup selepas Masjid Al Falah Jalan Kebun mula beroperasi sejak 30 Mac lalu.
 
"Bangunan surau berkenaan kini ditukar fungsinya sebagai pusat ilmu dan kegiatan masyarakat, dengan kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), yang dibuka untuk sewaan kepada orang ramai untuk pelaksanaan program bagi menampung kos operasi masjid.
 
"Ini jelas menunjukkan penulis tidak menyemak terlebih dahulu fakta yang ditulisnya.
 
"Justeru, MAIS menegaskan, dakwaan penulis blog itu bahawa pihak Istana Selangor bersikap berat sebelah dan terbabit dengan politik kepartian adalah satu kenyataan yang tidak berasas dan berbaur fitnah terhadap institusi Diraja dan institusi Islam di Selangor, " katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Pada masa sama, Mohamad Adzib berkata, titah Sultan Selangor supaya masjid dijadikan sebagai zon bebas politik sudah berkuat kuasa sejak sekian lama dan titah itu turut dipatuhi pemimpin parti politik dulu dan kini.
 
Mohamad Adzib berkata, umat Islam di Selangor juga dinasihatkan menyemak kesahihan sesuatu fakta sebelum menyebarkannya di laman sosial, bagi mengelakkan perbalahan antara masyarakat Islam terutama ketika sedang menjalani ibadat puasa.
 
 


Demikianlah Artikel Tarik balik kenyataan atau berdepan tindakan, kata MAIS kepada Chegubard

Sekianlah artikel Tarik balik kenyataan atau berdepan tindakan, kata MAIS kepada Chegubard kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tarik balik kenyataan atau berdepan tindakan, kata MAIS kepada Chegubard dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/06/tarik-balik-kenyataan-atau-berdepan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :