PKR cadang Akta Cukai Pelancongan dimansuh

PKR cadang Akta Cukai Pelancongan dimansuh - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR cadang Akta Cukai Pelancongan dimansuh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR cadang Akta Cukai Pelancongan dimansuh
link : PKR cadang Akta Cukai Pelancongan dimansuh

Baca juga


PKR cadang Akta Cukai Pelancongan dimansuh

MALAYSIAKINI


PKR mencadangkan Akta Cukai Pelancongan dimansuhkan sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti pandangan pelbagai pihak termasuk pengusaha industri pelancongan dan hotel, orang awam serta pimpinan PKR Sarawak.

"Pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang akan datang, saya akan mencadangkan agar Akta Cukai Pelancongan ini dimansuhkan sekiranya Pakatan Harapan membentuk kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti," katanya pada kenyataan media.

Kerajaan sebelum ini memutuskan pelaksanaan cukai pelancongan yang akan menyaksikan kadar antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalaman yang sepatutnya berkuatkuasa hari ini.

Bagaimanapun, cukai yang diumumkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz itu menerima bantahan, terutama daripada pimpinan kerajaan negeri Sarawak.

Baru-baru ini, Nazri dilapor mengumumkan cukai itu ditangguhkan sehingga 1 Ogos dan berkata rakyat yang menginap di hotel bertaraf tiga bintang dan ke bawah dikecualikan daripada membayar cukai itu.

Wan Azizah berkata, akta itu yang diluluskan secara tergesa-gesa, menunjukkan kerajaan gagal merangka dasar yang prihatin terhadap rakyat.

Malah, katanya penangguhan cukai berkenaan oleh kerajaan membuktikan tiada perancangan rapi dilakukan sebelum akta itu dikuatkuasakan.

"Seharusnya sesuatu rang undang-undang itu diberikan masa secukupnya untuk dibincang oleh semua pihak yang berkepentingan serta melalui proses jawatankuasa parlimen yang khusus, dan bukannya dibahas dengan tergesa-gesa seperti yang berlaku pada awal pagi 6 April lalu," katanya.

Menurut Wan Azizah, beliau juga akan mencadangkan agar Pakatan Harapan mengkaji langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu mengukuhkan industri pelancongan, termasuk menggubal akta baru yang bukan sahaja adil kepada industri pelancongan dan orang ramai, tetapi saksama kepada kerajaan negeri.

"Insiden-insiden yang berlaku sekitar pengumuman pelaksanaan Akta Cukai Pelancongan 2017 ini seharusnya menjadi pengajaran buat menteri pelancongan dan Putrajaya," katanya.




Demikianlah Artikel PKR cadang Akta Cukai Pelancongan dimansuh

Sekianlah artikel PKR cadang Akta Cukai Pelancongan dimansuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR cadang Akta Cukai Pelancongan dimansuh dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/07/pkr-cadang-akta-cukai-pelancongan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :