RCI untuk 1MBD : Pas ketinggalan bas

RCI untuk 1MBD : Pas ketinggalan bas - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RCI untuk 1MBD : Pas ketinggalan bas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RCI untuk 1MBD : Pas ketinggalan bas
link : RCI untuk 1MBD : Pas ketinggalan bas

Baca juga


RCI untuk 1MBD : Pas ketinggalan bas


  Ingatkan apalah istimewanya sangat tindakan cara politik matang Pas bila menolak pelawaan Pakatan Harapan (PH) yang mengajaknya untuk bersama-sama memastikan mereka yang dituduh melesapkan dana 1MDB dibawa ke muka pengadilan.

 Pas katanya tidak mahu ikut cara orang lain, rupa-rupanya mahukan siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat 1MBD!

Pas akan membawa memorandum bagi pembentukan Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal 1MDB kepada Yang Dipertuan Agong, kata at-Takiri di sini

 Kesian dengan gelagat lebai ni; dia ingat dialah hero dengan cadangan tersebut; walhalnya seawal 6 Mac 2016 lagi Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang telah menggesa Yang diPertuan Agong mencadangkan siasatan diraja bagi menyiasat 1MBD. Tolong jangan nak perasanlah wahai lebai!

 1) 6 Mac 2016 : Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berharap Yang di-Pertuan Agong akan menggesa penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk melihat skandal 1MDB dan RM2.6 bilion.

2) 9 February 2017 : Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

3) 22 June 2017 : Dr Wan Azizah telah mendesak suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berhubung dana dilarikan daripada 1MDB.

 Tetapi kenapa Pas tidak menyatakan sokongannya terhadap gesaan-gesaan dari pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan diatas itu?

 Pas adalah menikus selama ini dalam memperkatakan isu 1MBD. Malahan dilihat cuba membela Najib dalam kemelut 1MBD.

 Sebelum ini, Presiden Pas Hj Hadi mahukan 4 saksi, arwah Mursyidul Am Pas, Haron Din kata mustahil Najib gunakan akaun peribadi masukan duit dari 1MBD.

 Kemudian lebai-lebai Pas menuduh Amerika Syarikat campur tangan dalam siasatan 1MBD.

 Tiba-tiba at-Takiri dedahkan PAS ada cara dia sendiri iaitu penubuhan RCI…alahai … Bukankah itu merupakan gesaan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan harapan yang lebih awal?

 Jangan nak perasaanlah nak ngaku kononnya ada cara sendiri, tak mahu ikut cara orang lain lalu tidak mahu bersama Pakatan Harapan. 

 Mengarut betul kenyataan at-Takiri ini; patutlah ada yang marah dan mahu sekeh kepala lebai nih!

 Tetapi kenapa hanya baru-baru ini saja Pas mencadangan penubuhan RCI untuk menyiasat skandal 1MBD?

 At-Takiri kata Pas tidak mahu campur tangan asing menyiasat 1MBD. Biar orang kita sendiri siasat, katanya. Bha hahahaha! Tak payahlah aku nak ulas banyak kali mengenai campur tangan asing ni, dah ramai yang jelaskan tapi lebai-lebai ni punya mata, telinga dan mulut yang dah tersedak dengan dedak, nak buat macam mana?

 Bukankah kerajaan telah tubuhkan PAC dan mula siasat 1MDB pada 19 MEI 2015, tapi apa kejadahnya?

 Kerajaan Malaysia juga telah menubuhkan petugas khas untuk menyiasat 1MBD yang terdiri daripada :

1) Peguam Negara Abdul Tan Sri Abdul Gani Patail 

2) Tan Sri Abu Kassim Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 

3) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dari Bank Negara Malaysia (BNM) 

 4) Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tetapi apa yang telah terjadi? 

1) Peguam Negara Abdul Tan Sri Abdul Gani Patail kena pecat secara mengejut apabila beliau mahu mendakwa PM Najib di mahkamah. 

2) Tan Sri Abu Kassim Ketua SPRM digantikan. 

3) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz direhatkan.


 Hanya Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sahaja yang masih kekal tersenyum lebar macam kerang busuk walaupun siasatannya masih belum siap lagi sehingga kini.

 Pas yang beriya sangat mahukan Malaysia siasat sendiri kemelut 1MBD tanpa campur tangan asing, senyap menyepi tidak pernah menyatakan apa-apa pun tentang apa yang telah berlaku mengenai siasatan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia diatas.


Demikianlah Artikel RCI untuk 1MBD : Pas ketinggalan bas

Sekianlah artikel RCI untuk 1MBD : Pas ketinggalan bas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RCI untuk 1MBD : Pas ketinggalan bas dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/07/rci-untuk-1mbd-pas-ketinggalan-bas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :