Kisah Tun M ke rumah Mat Sabu

Kisah Tun M ke rumah Mat Sabu - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kisah Tun M ke rumah Mat Sabu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kisah Tun M ke rumah Mat Sabu
link : Kisah Tun M ke rumah Mat Sabu

Baca juga


Kisah Tun M ke rumah Mat Sabu

Tun Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah makan 
di rumah Mat Sabu 27 September lalu dengan 
dimasak sendiri Presiden AMANAH itu.

Bila Tun Dr Mahathir Mohamad begitu ingin makan masakan air tangan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, permintaan itu disambut baik oleh Abang Mat yang memang berjiwa besar.

 Itulah yang dicatat oleh Rohana Ana, aktivis AMANAH yang datang membantu keluarga Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu apabila Pengerusi PH itu datang ke rumahnya malam kelmarin.

 Menurut Rohana, bekas jurutera dengan Institut Kerjaraya Malaysia itu, isteri Mat Sabu yang dipanggilnya Kak Normah meminta beliau membantu untuk membuat persiapan meja tetamu beliau iaitu sepasang suami isteri yang istimewa.

 Benarlah, tulisnya, melalui makanan silaturahim terhubung begitu erat.

 “Bestnya semalam, Tun M minta sikit jer nasi dan akak terbubuh dua senduk lebih dalam pinggan Tun M dengan ucapan ‘sedap nasi ni dan dimasak sendiri oleh Abang Mat’.

 “Tun M jawab ‘kami berdua memang tak makan banyak’,” tulisnya dalam facebook beliau yang kini sedang viral. Sambil makan mereka berbual-bual.

 “Bila nampak nak habis akak tanya, ‘Tun nak tambah?’ dan Tun M mengangguk, jadi akak tambah lagi dua senduk… hihihi… akak memang suka tengok orang makan dan memang masakan Abang Mat sedap sangat-sangat! terbaiklah,” tulis beliau.

Mat Sabu menyiapkan makan malam 
untuk Tun M di dapurnya.

 Menurut Rohana, pembantu Tun M berkata kepadanya, tambah nasi adalah hal tidak biasa dibuat oleh Tun M.

“Itulah nilai silaturahim yang tak mampu diucapkan dengan kata-kata tapi dengan perbuatan,” catatnya lagi. 

 Katanya, “walau tetamu hanya sepasang suami isteri tapi semalam memang happening bila Tun M nak balik jiran-jiran menyerbu beliau.

 “Masya Allah!” tulis beliau.

 Asalnya majlis ni rahsia dan tertutup, namun tak mampu dirahsiakan lagi bila jiran-jiran Abang Mat datang dan mula bergambar, tulisnya lagi.

Jiran-jiran menyerbu Tun M untuk bergambar.

Tun Siti Hasmah bersama dengan penulis, kanan sekali 
serta isteri Mat Sabu, Normah Alwi dan jiran-jiran.

Penulis melayan Tun Siti Hasmah dan tuan rumah, 
Normah makan.
Penulis bersembang dengan Tun M dan Mat Sabu.
 Foto ehsan pembantu khas presiden AMANAH, Azhar Mat Dali. ~ sumber


Demikianlah Artikel Kisah Tun M ke rumah Mat Sabu

Sekianlah artikel Kisah Tun M ke rumah Mat Sabu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kisah Tun M ke rumah Mat Sabu dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/09/kisah-tun-m-ke-rumah-mat-sabu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :